Karnival Kerjaya Jamin kerja dijangka jadi tumpuan sempena Jelajah AKM Sarawak | DagangNews Skip to main content

Karnival Kerjaya Jamin kerja dijangka jadi tumpuan sempena Jelajah AKM Sarawak

KUCHING 1 Ogos - Karnival Kerjaya Jamin Kerja dijangka menjadi tumpuan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak pada 5 hingga 7 Ogos 2022.

 

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru rakyat di Bumi Kenyalang untuk merebut peluang dan manfaat yang ditawarkan di siri ketujuh Jelajah AKM itu berlangsung di Dataran Perayaan, Petra Jaya. 

 

“Dalam Jelajah AKM Kelantan baru-baru ini, saya difahamkan lebih 1,000 permohonan. 

 

"Saya harap bagi siri kali ini Kerajaan Negeri dan institusi pendidikan bersama agensi pusat dapat memberikan tawaran pekerjaan, seiring dengan potensi rakyat Sarawak.

 

“Rakyat Sarawak perlu mengikuti perkembangan jelajah AKM ini dan meraih peluang yang ditawarkan di program ini,” katanya dalam program Malaysia Hari ini di TV3, lapor Bernama.

 

Terdahulu, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata AKM Sarawak dianjurkan kementeriannya bersama Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

 

Katanya terdapat 28 reruai dan enam kaunter bergerak akan ditonjolkan sebagai melengkapi pengisian di tiga pentas utama dan khemah-khemah khas, yang antara lain memperkenalkan inovasi baharu dalam pembinaan jalan raya. 

 

TERKINI 6 OGOS 2022: Lebih 1,500 hadir pada Karnival Kerjaya JaminKerja di Jelajah AKM Sarawak

 

Pengarah Eksekutif SEPADU Jabatan Perdana, Menteri Wan Azilawati Wan Mahmood memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan turut menganjurkan program jualan murah barangan keperluan dengan diskaun harga antara 15% hingg 30%.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merasmikan program itu pada 7 Ogos ini dan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - DagangNews.com