Kebenaran perjalanan MITI mesti guna portal CIMS 3.0 | DagangNews Skip to main content

Kebenaran perjalanan MITI mesti guna portal CIMS 3.0

 

KUALA LUMPUR 31 Mei - Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama ini, semua surat kebenaran beroperasi bagi sektor yang dibenarkan oleh Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini adalah terbatal mulai 1 Jun 2021.

 

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri hari ini memutuskan supaya sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang diselaraskan oleh MITI diwujudkan.

 

``Ia adalah untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor-sektor ekonomi perlu setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.

 

"Sehubungan itu, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua Kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi," kata MKN di sini hari ini. - DagangNews.com

MKN