Kekeliruan pelancaran vaksin COVID-19 heret pasaran turun 1.08 mata | DagangNews Skip to main content

Kekeliruan pelancaran vaksin COVID-19 heret pasaran turun 1.08 mata

Pasaran saham

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Pasaran saham tempatan yang dibuka hari ini susut 1.08 mata kepada 1,627.18 mata.

 

Paras yang dicatatkan dalam Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) itu adalah lebih rendah berbanding penutupan semalam, 1,628.26 mata.

 

Pasaran saham Asia dilihat bersedia untuk permulaan pasaran  berhati-hati susulan berita berkaitan Amerika Syarikat (AS) yang menimbulkan kekeliruan pelancaran vaksin COVID-19.

 

Menurut Bloomberg, saham diniagakan bercampur-campur susulan sentimen para pelabur yang mengambil kira kekuatan ekuiti global.

 

Situasi berkenaan turut didorong oleh keputusan data penting daripada pasaran buruh AS.

 

Prestasi dolar bagaimanapun mencatatkan pengukuhan setelah menurun semalam.

 

Saham global bagaimanapun masih dibuka pada tahap tertinggi didorong oleh keyakinan pelabur terhadap vaksin COVID-19.

 

Pelabur memberi keyakinan bahawa vaksin berkenaan dapat membantu mengekalkan pemulihan ekonomi global pada tahun hadapan. - DagangNews.com