Kenaikan kos bahan mentah tekan Poh Huat Resources | DagangNews Skip to main content

Kenaikan kos bahan mentah tekan Poh Huat Resources

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Jun - PublicInvest Research menjangkakan Poh Huat Resources Holdings Berhad akan menyemak semula harga jualan perabot mereka dalam usaha untuk menangani kenaikan kos bahan mentah akibat inflasi.

 

Firma itu berkata, bagaimanapun kesan itu dapat diseimbangkan oleh kadar pertukaran wang asing yang dilihat semakin positif.

 

"Kami berkeyakinan bahawa permintaan daripada pelanggan akan kekal terutama untuk perabot pejabat selain tempahan terdahulu sehingga November 2022.

 

"Impak kenaikan gaji minimum di Malaysia dan Vietnam dijangka minimum dengan kumpulan itu merancang untuk meningkatkan purata harga jualan (ASP) bagi menangani kenaikan kos," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untuk bersih kumpulan itu bagi suku kedua berakhir 30 April 2022 melonjak sebanyak 81.75% kepada RM23.08 juta berbanding RM12.7 juta untuk tempoh sama tahun lalu akibat penghantaran perabot yang tinggi dari Malaysia.

 

Pendapatan bagi suku tahun juga meningkat sebanyak 12.57% kepada RM186.34 juta daripada RM165.53 juta dengan aktiviti pengeluaran kumpulan di Malaysia dan Vietnam beroperasi dengan baik selepas menerima tempahan berterusan dari Amerika Utara.

 

Firma itu berkata, stok bahan mentah yang diperoleh lebih awal membantu mereka meningkatkan margin keutungan dan selepas menjangkakan kos bahan mentah semasa akan meningkat.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi RM1.92 berbanding RM1.65. - DagangNews.com