Skip to main content

Kenanga Futures umum kempen 'Eight Eight Cashback Festival 2022', tawar pulangan tunai sehingga 28%

Azila Abdul Aziz
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kenanga Futures Sdn Bhd (Kenanga Futures) kembali dengan satu lagi kempen seluruh negara, 'Eight Eight Cashback Festival', bagi memberi ganjaran kepada pelanggan baharu dan sedia ada dengan pulangan tunai sehingga 28% sekiranya mereka mendagangkan produk mikro CME Group (CME) dari 8 Ogos hingga 31 Oktober 2022.

 

Kempen berkenaan membahagikan dagangan peserta kepada 7 produk niaga hadapan CME Group, iaitu E-mini S&P 500 Futures, Micro E-mini Nasdaq 100 Futures, Micro E-mini Dow Futures, Micro E-mini Russell 200 Futures, Micro WTI Crude Oil Futures, Micro Silver Futures dan E-micro Gold Futures.

 

Produk E-mini-Micro menawarkan pelanggan akses kepada empat indeks saham utama Amerika Syarikat (AS) melalui kontrak saiz mini. 

 

Disebabkan kontrak ini hanya satu per sepuluh saiz kontrak standard, ia juga penting dalam memudahkan akses kepada niaga hadapan, seterusnya membolehkan pengguna membeli pecahan kecil saham individu agar mereka mampu menguruskan risiko dan portfolio mereka dengan sewajarnya seiring perubahan pasaran.

 

Peserta yang layak akan diberi ganjaran pulangan tunai berdasarkan jumlah pembrokeran kasar yang dijana semasa tempoh kempen. 

 

Peserta yang mendagangkan jumlah pembrokeran kasar antara AS$100 hingga AS$300 akan menikmati pulangan tunai 8%, manakala mereka yang mendagangkan antara AS$301 dan AS$800 atau lebih daripada USD800 akan menikmati pulangan tunai masing-masing sebanyak 18% dan 28%.

 

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif dan Ketua Derivatif Tersenarai Kenanga Futures Sdn Bhd, Azila Abdul Aziz berkata, dengan akses kepada tujuh 7 produk tambahan di bawah CME Group, mereka yakin kempen ini akan membantu mempelbagaikan portfolio dan mewujudkan pertumbuhan struktur untuk peniaga individu pada masa depan. 

 

"Pelanggan mengutamakan penyelesaian yang cekap dan mudah dalam perdagangan. Jadi, berbekalkan platform KDF TradeActiveTM dan ganjaran pulangan tunai kami, semoga kempen ini akan menggalakkan pelanggan mengorak langkah pertama dalam dagangan Niaga Hadapan.

 

“Kempen ini merupakan antara salah satu inisiatif kami di Kenanga Futures bagi mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat umum tentang peluang yang ada dalam pasaran derivatif tersenarai. 

 

"Ia selari dengan komitmen berterusan kami untuk terus mendekati dan mendidik pelanggan baharu dan sedia ada, sekali gus membolehkan mereka melihat kontrak niaga hadapan sebagai instrumen untuk melindung nilai dan mempelbagaikan pendedahan pelaburan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Kenanga Futures dan kempen “Eight Eight Cashback Festival”, sila layari http://www.kenangafutures.com.my. - DagangNews.com