Kerajaan putuskan tiada kenaikan kadar tarif elektrik, air di Semenanjung - PM | DagangNews Skip to main content

Kerajaan putuskan tiada kenaikan kadar tarif elektrik, air di Semenanjung - PM

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Jun - Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sehubungan itu kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang.

 

 

pm

 

 

"Dengan keputusan ini, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain," katanya.

 

Pemberian rebat 2 sen/kWj sejak awal tahun inj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

 

Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung.

 

Pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri.

 

Sebelum ini, harga elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) tertakluk kepada semakan pada Julai, yang mungkin membawa kepada kenaikan, memandangkan peningkatan harga input elektrik iaitu gas dan arang batu. - DagangNews.com