Kerjasama Uniqbe, Make-A-Wish Malaysia berjaya kumpul lebih RM77,000 untuk penuhi impian kanak-kanak berpenyakit kritikal | DagangNews Skip to main content

Kerjasama Uniqbe, Make-A-Wish Malaysia berjaya kumpul lebih RM77,000 untuk penuhi impian kanak-kanak berpenyakit kritikal

KUALA LUMPUR 5 April - Pengedar tunggal pembersih vakum Dreame di Malaysia, Uniqbe (M) Sdn. Bhd. berjaya mengumpulkan lebih RM77,000 melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui kerjasama dengan pertubuhan Make-A-Wish Malaysia.

 

Menerusi kerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia, dana yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk memenuhi impian kanak-kanak yang menghidapi penyakit kritikal.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Uniqbe Group of Companies, Edward Tan berkata, Uniqbe memperuntukkan 11% hasil jualan rangkaian pembersih vakum H11 wet & dry untuk dana CSR bersempena pelancaran Dreame di Malaysia pada hujung 2021.

 

“Pengumpulan dana Make-A-Wish Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada pelanggan kami. 

 

"Kami berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah membeli pembersih vakum H11 dan H11 Max wet & dry dan sekaligus menyokong inisiatif ini," katanya.

 

Sehingga kini, Uniqbe berjaya memenuhi impian empat kanak-kanak untuk memiliki telefon bimbit, Playstation, iPad, arnab dan set permainan bola jaring.

 

Menurut Make-A-Wish Malaysia, sumbangan dan impian kanak-kanak yang berjaya dilaksanakan itu turut memberi semangat kepada ahli keluarga kanak-kanak tersebut untuk terus berjuang bersama mereka melawan penyakit yang dihidapi.

 

Selaras dengan misi Dreame untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna, inisiatif CSR ini memperkayakan kehidupan kanak-kanak dengan impian dan harapan unik mereka melalui Make-A-Wish Malaysia. 

 

Untuk infomasi lebih lanjut tentang Dreame dan kempen CSR mereka, sila layari laman web https://www.dreame.my/dreame-make-a-wish-malaysia-csr-initiative. - DagangNews.com