KFC lancar kombo makan tengah hari 'Jimat Siang' serendah RM7.99 | DagangNews Skip to main content

KFC lancar kombo makan tengah hari 'Jimat Siang' serendah RM7.99

Mesin cakar KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi di Piazza@Starhill, Bukit Bintang.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Mei - KFC Malaysia secara rasminya melancarkan promosi baharu untuk waktu terhad, Jimat Siang dengan menawarkan kombo makan tengah hari dengan harga diskaun, bermula hari ini. 

 

Kombo tersebut boleh didapati dari Isnin hingga Khamis, bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang dengan harga serendah RM7.99. 

 

Ia mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik KFC dan boleh terdapat dalam 6 variasi kombo untuk dipilih:

 

(1) Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)


(2) Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60) 


(3) Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49)


(4) Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)


(5) Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99)


(6) Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)

 

Sementara itu, KFC dalam satu kenyataan memaklumkan, pengendali restoran makanan segera itu merupakan peruncit makanan pertama yang menyertai pasaran rantain blok (block chain). 

 

Diinspirasikan oleh rakyat Malaysia, KFC bekerjasama dengan artis berbakat tempatan Wilson Ng, Book of Lai dan Arif Rafhan Othman untuk menghasilkan 11 karya NFT unik sebagai penghormatan kepada 11 herba dan rempah rahsia KFC. 

 

Peminat boleh mendapatkan 8 NFT KFC eksklusif – Original KFC Moments bermula 1 petang hari ini di pasaran NFT terbesar, OpenSea. Sementara 3 NFT lagi boleh dimenangi melalui pertandingan di media sosial Instagram KFC @kfcmalaysia. 

 

Ketua Jenama KFC Malaysia, Stephen Chew berkata, beliau percaya untuk kebanyakan rakyat Malaysia, KFC bermaksud ‘keraian’ dan ‘waktu makan yang menyeronokkan’. 

 

 

kfc

 

 

kfc

 

 

"Ia juga sebuah tempat untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga. Aroma istimewa daripada ayam goreng lazat terkenal di dunia ini sangat kasik dan membangkitkan perasaan riang dan gembira buat seluruh generasi. 

 

"Disebabkan inilah kami melancarkan kempen "It’s Finger Lickin’ Good" untuk mencetuskan kembali perasaan cinta yang juga dirasai oleh ibu, bapa, atuk dan nenek kita. Melalui kempen ini, kami merancang beberapa intiatif penglibatan pengguna yang membawakan nilai bertambah dan kepuasan pelanggan terjamin. 

 

 

kfc
Stephen Chew (dua dari kiri) ketika pelancaran kempen "It’s Finger Lickin’ Good" di KFC Pavilion, hari ini.

 

 

"Kami komited untuk berterusan menjadi relevan kepada rakyat Malaysia dan membawa nostalgia kepada jenama ayam goreng kegemaran negara,” katanya ketika majlis pelancaran kempen di KFC Pavilion, hari ini. 

 

Majlis pelancaran tersebut juga memperkenalkan mesin cakar KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi. 

 

Peminat KFC yang melawat Piazza@Starhill Gallery boleh memenangi baucar KFC dan bantal Drummie, bermula hari ini sehingga 9 Jun 2022 pada tarikh dan waktu yang dijadualkan. Aktiviti menarik lain seperti gerai foto juga turut disediakan.

 

Ppeminat KFC boleh melihat sendiri visual menghidupkan saat-saat manis KFC di papan iklan 3D terletak di KLCC Junction dan Pavilion ELITE. - DagangNews.com