Khairussaleh lepas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB | DagangNews Skip to main content

Khairussaleh lepas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB

KUALA LUMPUR 26 Jan - RHB Banking Group mengumumkan Datuk Khairussaleh Ramli telah mengemukakan peletakan jawatannya selaku Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO)  berkuat kuasa 25 Mac 2022.

 

Bank itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, Khairussaleh, 54, melepaskan jawatannya bagi mendapatkan peluang lain.

 

Dalam satu kenyataan berasingan, bank itu memberitahu, mereka sudah memulakan pelan peralihannya dan proses pemilihan sedang berjalan.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan, Mohd. Rashid Mohamad telah dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab atau pegawai utama kumpulan.

 

"Lembaga dan pihak pengurusan ingin merakamkan penghargaan kepada Khairussaleh bagi sumbangan yang tidak ternilai semasa tempohnya dengan kumpulan dan berharap beliau berjaya dalam masa depannya," kata bank itu.

 

Khairussaleh menyertai RHB Banking Group pada 2013 sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan sebelum beliau dinaikkan pangkat ke jawatan GCEO menjelang 2015. - DagangNews.com