Kilang Sony Pulau Pinang ditutup September 2021, seramai 3,400 pekerja terkesan | DagangNews Skip to main content

Kilang Sony Pulau Pinang ditutup September 2021, seramai 3,400 pekerja terkesan

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Sebuah kilang pemasangan produk audio Sony di Seberang Perai, Pulau Pinang dilaporkan bakal ditutup September tahun hadapan.

 

Mengumumkan perkara tersebut, Exco Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussian memberitahu, penutupan kilang berkenaan memberi kesan kepada hampir 3,400 pekerja.

 

"Daripada jumlah tersebut, seramai 1,800 pekerja adalah penduduk tempatan, manakala 1,600 lagi adalah warga asing.

 

"Sebilangan pekerja akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi, Selangor," jelas beliau seperti dilapor Soya Cincau.

 

Isu berkaitan penutupan kilang berkenaan bagaimanapun belum mendapat maklum balas dan kenyataan daripada pihak Sony.

 

Abdul Halim Hussian
Abdul Halim Hussian

 

Beliau menambah, kilang berkenaan akan ditutup secara berperingkat sebelum menghentikan operasi sepenuhnya pada September.

 

"Saya percaya penutupan itu adalah proses sementara yang diperlukan dan ia adalah sebahagian daripada rancangan Sony untuk menyusun semula operasinya secara global memandangkan persaingan sengit dalam industri pembuatan multinasional," ujar beliau lagi.

 

Kilang Sony di Pulau Pinang bukan sahaja menjadi pusat penghasilan, malah berfungsi sebagai pusat kajian dan penyelidikan (R&D). 

 

Antara model yang dihasilkan dari kilang ini adalah fon kepala WH-100XM3, fon telinga WF-100XM3, serta model terbaru WH-100XM4. - DagangNews.com