Kilang 'Super Ring' tutup, saham Oriental jatuh | DagangNews Skip to main content

Kilang 'Super Ring' tutup, saham Oriental jatuh

 

 

KUALA LUMPUR 8 Julai - Snek 'Super Ring' tidak asing lagi bagi semua rakyat Malaysia, tapi jangan terkejut kalau makanan ringan ini sukar ditemui dalam tempoh terdekat ini. 

 

Kilang pengeluar snek ini, Oriental Food Industries Holdings Bhd. dilaporkan menutup operasinya berikutan arahan Kementerian Kesihatan. 

 

Selain Super Ring, ia juga mengeluarkan produk snek jenama Jacker, Rota dan Oriental. 

 

Setelah kembali memulakan dagangan selepas digantung antara 9 hingga 10 pagi ini, saham Oriental susut 0.58% kepada 85.5 sen dengan 17,500 saham diniagakan.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia semalam, syarikat ini memberitahu, ia telah menerima arahan dari Kementerian Kesihatan untuk menutup sementara premisnya termasuk pejabat, penyelenggaraan, logistik dan bahagian keselamatan di Kawasan Perindustrian Air Keroh mulai 7 hingga 21 Julai. - DagangNews.com