Kilang Western Digital dijual kepada syarikat Taiwan? | DagangNews Skip to main content

Kilang Western Digital dijual kepada syarikat Taiwan?

Kilang Western Digital

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Syarikat peneraju dalam reka bentuk, pembuatan dan sistem canggih di Taiwan, Wistrom Corp dijangka akan menandatangani perjanjian bersama Western Digital (Malaysia) Sdn. Bhd. (Western Digital) untuk pembelian kilang yang terletak di kawasan perindustrian perdagangan bebas Sungai Way, Petaling Jaya.

Sumber mengatakan, perjanjian tersebut tercetus sejak setahun setengah yang lalu berikutan aset tersebut dijual di pasaran.

Kilang tersebut berkemungkinan akan dijual pada harga antara RM100 juta hingga RM150 juta.

Menurut laporan The Edge, kilang berkenaan dikatakan tidak akan dibangunkan semula, namun akan diteruskan oleh Wistron yang mempunyai kemudahan di Klang.

Jelas sumber sama, Western Digital berminat untuk melupuskan dua kilangnya di Petaling Jaya yang memiliki keluasan tanah seluas 3.6 ekar yang dibangunkan bersama bangunan dua dan lima tingkat.

Keluasan keseluruhan bangunanan berkenaan adalah 500,000 kaki persegi.

Western Digital juga telah melantik Knight Frank Malaysia sebagai ejen untuk menguruskan pemasaran dan penjualan kilang berkenaan.

Pengarah Eksekutif Knight Frank Malaysia, Allan Sim bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan.

Wistron ditubuhkan pada Mei 2011 sebagai syarikat yang terpisah daripada Acer untuk pengendalian perniagaan tertentu.

Sebelum daripada itu, Wistron turut terlibat dalam bahagian reka bentuk, pembuatan dan perkhidmatan Acer. - DagangNews.com