KKR promosi STEM pada Jelajah AKM Sarawak | DagangNews Skip to main content

KKR promosi STEM pada Jelajah AKM Sarawak

Seorang pengunjung mencuba memasang lidi di reruai KKR Jelajah AKM Sarawak di Kuching. - DagangNews.com
Oleh KERNI PUAH

KUCHING 6 Ogos - Kementerian Kerja Raya (KKR) komited dalam memainkan peranan perkasakan penguasaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah, mahupun golongan belia di Sarawak. 

 

Ketua Unit Inovasi Kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR), Shahiena Azli Abdul Azis berkata sepanjang penganjuran Reka Cipta anjuran JKR di bawah seliaan KKR, peserta berpeluang memberi idea dalam mereka cipta dengan had bahan yang disediakan.

 

“Melalui pertandingan di pameran ini, objektif kita adalah untuk melihat penguasaan peserta dalam mereka cipta struktur pembinaan dengan menggunakan bahan yang disediakan secara had.

 

“Malah, mereka berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menguasai teknik penggunaan bahan dalam indsutri teknologi dan kejuruteraan. Penggunaan kreativiti mereka turut dicungkil pada masa yang sama mengadaptasikan penguasaan bidang STEM dan TVET dalam kalangan mereka,” katanya ketika ditemui DagangNews.com di Pentas Mini Keluarga Malaysia anjuran Program Reka Cipta JKR.


 

Shahiena Azli Abdul Azis
                          Shahiena Azli Abdul Azis

 


Sementara itu, Jurutera Perancangan JKR Sarawak Bahagian Lebuhraya Pan Borneo, Nantha Kumaran Sivem berkata KKR di bawah JKR kini telah mengadaptasikan penggunaan teknologi baharu dalam usaha mempercepatkan pembinaan Lebihraya Pan Borneo di Sarawak. 

 

“Penggunaan drone merupakan teknologi baharu JKR Sarawak dalam meneliti topografi yang sesuai dalam proses pembinaan sepanjang Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak.

 

“Pada masa yang sama, ia turut membantu mengenal pasti secara tepat sama ada di suatu kawasan itu sesuai ataupun tidak untuk pembinaan dengan melihat beberapa faktor masalah yang berkemungkinan dihadapi oleh pihak kontraktor, sekiranya dilakukan pembinaannya. 


 

AKM

 

AKM

 

AKM

 


Justeru, katanya ia akan menjimatkan masa dan kos untuk turun ke lapangan, dan secara langsung mempercepatkan proses pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak. - DagangNews.com