KL dilanda banjir kilat lagi, ribuan warga kota terperangkap, kereta tenggelam | DagangNews Skip to main content

KL dilanda banjir kilat lagi, ribuan warga kota terperangkap, kereta tenggelam

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Mac  - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

 

Sehingga jam 5 petang, kawasan yang dilaporkan telah mula dinaiki air sekitar Balai Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Raja Laut (Sogo/Pertama), Jalan Kia Peng dan Jalan Raja Chulan.

 

Sungai yang melepasi paras amaran, termasuk Sentul - Sg Batu, Jambatan Sulaiman - Sg Klang, Lebuh Pasar - Sg Klang  dan Jalan Parlimen - Sg Gombak, manakala sungai yang melepasi aras bahaya, Jalan Tun Razak - Sg. Gombak.

 

 

banjir

 

 

NADMA ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri ketika banjir berlaku.

 

 

banjir

 

 

banjir

 

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, sebanyak 6 kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan dinaiki air.

 

"Kementerian dan agensi telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia.

 

"Elak melalui kawasan banjir kilat dan berhati-hati memandu sewaktu hujan," katanya.

 

 

banjir

 

 

banjir

 

 

Seorang pengguna Twitter yang dikenali Nordin Pauzi turut memaklumkan, anggota bomba sedang giat bertungkus lumus menyelamat orang ramai, termasuk kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir kilat di Tadika Ruskani JKR, Jalan Cheras dan sekitar ibu kota.

 

 

banjir

 

 

banjir

 

 

banjir

 

 

Terdahulu, terdapat beberapa gambar dan video daripada orang awam tular di media sosial yang menunjukkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga tidak dapat dilalui dan turut menenggelamkan kenderaan.

 

 

banjir

 

 

banjir

 

 

banjir

 

 

MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran ribut petir pada 1:35 tengah hari tadi, di mana ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka (Alor Gajah) sehingga 5 petang.

 

 

banjir

 

 

banjir

 

 

banjir

 

 

Amaran telah dikemaskini pada jam 2.50 petang dan 4 petang tadi. - DagangNews.com