KLCI dibuka lebih tinggi, berjaya ‘menyentuh’ 1,600.89 | DagangNews Skip to main content

KLCI dibuka lebih tinggi, berjaya ‘menyentuh’ 1,600.89

Gambar Reuters

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 April - Pasaran ekuiti tempatan berjaya dibuka lebih tinggi hari ini dan menyentuh seketika paras 1,600.89, namun masih berprestasi agak ‘suram’.

 

Setakat 9.09 pagi, indeks penanda aras pasaran utama di Bursa Malaysia, FBM KLCI menokok 1.95 mata atau 0.12% daripada paras yang ditutup semalam, 1,596.58 kepada 1,598.53. 

 

Dagangan pada pagi ini juga berprestasi agak positif apabila jumlah kaunter untung iaitu 267 berjaya mengatasi 172 kaunter rugi. 

 

Rakuten Trade Research percaya beberapa pemburuan saham murah akan kembali hari ini selepas FBM KLCI menyusut di bawah paras 1,600 semalam. 

 

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks berkenaan didagangkan lebih tinggi mungkin sekitar julat 1,600 hingga 1,605 hari ini.

 

“Walaupun menerima kekurangan minat, namun minyak sawit mentah (MSM) berprestasi agak baik, melebihi paras RM4,000 setiap tan metrik setakat bulan ini. 

 

“MSM berjaya ditutup hampir RM4,190 setiap tan metrik semalam,” jelas firma penyelidikan itu dalam nota kajiannya. - DagangNews.com