KLCI dibuka rendah turun 1.29 mata | DagangNews Skip to main content

KLCI dibuka rendah turun 1.29 mata

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Indeks saham Malaysia, KLCI dibuka rendah, turun 1.29 mata kepada 1,511.78.

Kontrak niaga KLCI semalam ditutup lebih rendah susulan prestasi pasaran tunai negatif dengan pasaran utama Asia lemah dan dalam masa sama menantikan pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, pasaran saham Asia pula dibuka lebih tinggi didorong langkah pelabur menunggu pemangkin lain untuk melonjakkan pasaran. 

Saham di Jepun, Korea Selatan dan Australia meraih keuntungan diikuti niaga hadapan S&P 500 yang turut dibuka lebih tinggi. 

Menurut Bloomberg, indeks pasaran saham AS sebelum ini menurun walaupun terdapat sokongan selepas melonjak selama 50 hari. 

Ini menyaksikan saham teknologi mencatatkan penurunan besar iaitu Apple Inc, Facebook Inc dan Microsoft Corp. dalam Nasdaq Composite. 

Pelabur menunggu lebih banyak rangsangan fiskal selepas Rizab Persekutuan menyatakan kadar faedah akan kekal rendah selama beberapa tahun akan datang.

Memandangkan kes COVID-19 global hampir mencecah 30 juta, data terus menunjukkan pemulihan yang perlahan di seluruh dunia. 

“Data sentimen pengguna dan pengambilan pekerjaan masih menunjukkan pemulihan ekonomi yang rapuh,” kata Ketua Strategi Bersama John Hancock Investments., Matt Miskin. - DagangNews.com