KLCI dibuka terhad | DagangNews Skip to main content

KLCI dibuka terhad

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Pasaran saham tempatan dibuka tinggi sedikit pada awal dagangan pagi ini. 

 

Prestasi itu mungkin didorong oleh aktiviti pelaburan dalam jangka masa singkat. 

 

Ketika dibuka pada 9 pagi ini, indeks penanda aras saham tempatan, FBM KLCI hanya mampu menokok 0.89 mata kepada 1,582.10 daripada paras yang ditutup semalam. 

 

Rakuten Trade Research menjangkakan pasaran tempatan akan terus tidak menentu memandangkan para pelabur kini dalam 'mode' jangka masa pendek. 

 

“Perubahan dagangan mendadak semalam menunjukkan bahawa sentimen pelabur tetap rapuh.

 

“Walaupun begitu, kami menjangkakan indeks itu akan mengekalkan aliran menaik ke sekitar julat 1.585 / 90 dengan rintangan kuat pada paras 1,600,” jelasnya dalam nota kajian hari ini. 

 

Dalam pada itu, Rakuten Trade percaya minat terhadap saham minyak dan gas akan berterusan memandangkan minyak mentah Brent melonjak sedikit kepada AS$60 setong. 

 

Kadar itu meningkat 1.8% daripada AS$58.50. 

 

Di peringkat global, Wall Street berakhir di jajaran positif setelah permulaan yang lemah, didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.

 

“Sentimen juga bertambah baik apabila pembelian besar-besaran saham runcit hilang buat masa ini.

 

“Hasilnya, DJI Average meningkat 36 mata melebihi paras 30,700 setelah menurun kepada 30,520,” tambah Rakuten Trade. - DagangNews.com