KLCI dibuka tinggi, naik 1.91 mata | DagangNews Skip to main content

KLCI dibuka tinggi, naik 1.91 mata

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Indeks pasaran saham Malaysia, KLCI dibuka tinggi naik 1.91 mata.

Setakat 9.03 pagi, KLCI mencecah paras 1,507.69, meningkat daripada kadar ditutup semalam, 1,505.78.

Sementara itu, pasaran saham Asia dibuka tidak menentu memandangkan para pelabur menimbangkan pembelian saham Amerika Syarikat (AS) yang rendah atau kenyataan pegawai Rizab Persekutuan AS yang melihat pemulihan ekonomi perlahan. 

Menurut Bloomberg, saham Jepun merudum setelah ditutup semalam susulan cuti umum, manakala saham Australia dan Korea Selatan meraih keuntungan sederhana. 

Niaga hadapan S&P 500 sedikit berubah selepas kesemua sektor dalam indeks tersebut meningkat semalaman, dengan peruncit dan saham teknologi antara kaunter keuntungan tinggi.

Bagaimanapun, saham institusi perbankan jatuh dengan minyak mentah dan khazanah kekal kukuh. 

Saham AS jatuh semalam selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell mengatakan pemulihan ekonomi berlaku dengan perlahan dan memerlukan sokongan lanjut. 

Presiden Rizab Persekutuan Chicago, Charles Evans pula mengatakan kadar asas mungkin dinaikkan sebelum sasaran inflasi tercapai. 

Sementara itu, saham global seolah-olah bakal menurun bagi bulanan pertama sejak Mac kerana kekurangan pakej rangsangan fiskal AS dan peningkatan kes COVID-19 yang menambahkan jumlah langkah perintah berkurung.

Perdana Menteri British, Boris Johnson mengumumkan sekatan baharu yang dijangka berlaku selama enam bulan dan menyarankan rakyatnya untuk bekerja dari rumah. - DagangNews.com