KLCI dibuka tinggi seiring pasaran serantau | DagangNews Skip to main content

KLCI dibuka tinggi seiring pasaran serantau

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 3 Mac - Pasaran ekuiti tempatan dibuka lebih tinggi hari ini didorong oleh prestasi dagangan yang melonjak di rata-rata saham Asia. 

 

Ketika dibuka pada 9 pagi, indeks penanda aras pasaran di Bursa Malaysia, FBM KLCI menokok 7.03 mata daripada paras yang ditutup semalam, 1,569.87 kepada 1,576.90. 

 

Dagangan awal pagi ini menyaksikan sebanyak 267 kaunter untung mengatasi 129 kaunter rugi. 

 

Antara saham yang melonjak termasuk KESM Industries Berhad, Dataprep Holdings Berhad, Hartalega Holdings Berhad, UWC Berhad, Westports Holdings Berhad, Hong Leong Industries Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), PIE Industrial Berhad, Mieco Chipboard Berhad dan Magni-Tech Industries Berhad. 

 

Menurut Reuters, pasaran saham Asia dibuka lebih tinggi hari ini memandangkan para pelabur tidak menghiraukan saham yang mungkin telah meningkat terlalu cepat pada tahun lalu.

 

Sebaliknya, mereka menumpukan terhadap keyakinan pakej rangsangan di Amerika Syarikat (AS) yang akan menyuntik kepada pemulihan ekonomi global, jelas Reuters.

 

Saham di Australia menokok 0.45% pada awal dagangan sementara niaga hadapan E-mini S&P meningkat 0.2%. 

 

Tambah Reuters, Wall Street menyusut semalaman selepas memulakan dagangan bulan ini dengan lonjakan ketara dengan S&P 500 mencatatkan paras harian yang terbaik dalam tempoh sembilan bulan pada Isnin lalu. 

 

Tetapi, beberapa penganalisis memberi amaran bahawa mereka bimbang sekiranya harga saham menjadi tidak bermakna ekoran takut terhadap pegawai atasan China, mungkin menyukarkan pasaran ekuiti untuk terus meningkat.

 

Ketakutan terhadap penjualan di Perbendaharan AS yang menjejaskan pasaran saham mungkin datang kembali sekali gus menyekat kenaikan harga saham, kata penganalisis. - DagangNews.com