KLCI 'hilang' 10.99 mata, jatuh bawah 1,600 | DagangNews Skip to main content

KLCI 'hilang' 10.99 mata, jatuh bawah 1,600

KLCI

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 21 April - Pasaran tempatan yang ditutup petang ini meneruskan trend penyusutan apabila hilang 10.99 mata.

 

Indeks penanda aras pasaran utama di Bursa Malaysia, FBM KLCI mencatatkan penurunan di bawah paras 1,600 mata iaitu kepada 1,596.58 mata.

 

Paras berkenaan seiring dengan trend penurunan yang dicatatkan semasa pembukaan pasaran awal pagi tadi.

 

Paras yang ditutup petang ini menyaksikan jumlah dangan sebanyak 8.683 bilion saham dengan nilai RM4.397 bilion.

 

Seperti dagangan semalam, prestasi keseluruhan dagangan dilihat negatif apabila jumlah kaunter rugi mengatasi kaunter untung.

 

Kaunter rugi dalam penutupan dagangan hari ini adalah sebanyak 551 berbanding kaunter untung 509, manakala 443 kaunter lagi tidak berubah.

 

Dalam pada itu, paras penutupan KLCI yang dicatatkan hari ini turut berbeza dengan jangkaan yang diletakkan Rakuten Trade Research yang menjangkakan KLCI akan terus berlegar dalam julat 1,600 hingga 1,610 mata.

 

Sementara itu, Reuters memberitahu, saham global hari ini menyaksikan peningkatan hasil peningkatan pendapatan korporat Eropah.

 

Perkara tersebut mengurangkan kebimbangan kenaikan jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia yang telah menurunkan harga minyak.

 

"Indeks STOXX 600 naik 0.7% kepada 436.76 mata. Penurunan 1.9% semalam merupakan prestasi kurang baik untuk tahun 2021," jelas Reuters. - DagangNews.com