KLCI menokok 1.81 mata melepasi paras 1,600 | DagangNews Skip to main content

KLCI menokok 1.81 mata melepasi paras 1,600

KLCI


Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 April - Pasaran tempatan yang ditutup hari ini dilihat mendapat kekuatan apabila berjaya melepasi paras 1,600 mata.

 

Indeks penanda aras pasaran utama di Bursa Malaysia, FBM KLCI mencatatkan peningkatan 1.81 mata kepada 1,602.40 mata.

 

Jumlah tersebut lebih selesa berbanding pembukaan dagangan awal pagi tadi iaitu 1,588.27 mata.

 

KLCI yang ditutup petang ini menyaksikan sebanyak 569 kaunter untung dan 505 kaunter rugi.

 

Bagaimanapun, sebanyak 482 kaunter lagi dilihat tidak berubah.

 

KLCI hari ini turut mencatatkan dagangan sebanyak 7.59 saham diniagakan dengan nilai RM4.89 bilion. - DagangNews.com