KLCI, ringgit merosot petang ini | DagangNews Skip to main content

KLCI, ringgit merosot petang ini

 

 

KUALA LUMPUR 4 Mei - Pasaran tempatan ditutup rendah petang ini apabila indeks utama FBM KLCI susut 2.48 mata kepada 1,588.25 mata. 

 

Keseluruhan pasaran juga hampir seimbang dengan kaunter rugi mengatasi untung pada 529 berbanding 524 manakala 439 kaunter tidak berubah. 

 

Jumlah dagangan sebanyak 7.4 bilion bernilai RM4.11 bilion.

 

Sementara itu, bagi pasaran kewangan, ringgit semakin merosot ditutup pada RM4.1200/1240 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), lebih rendah daripada penutupan semalam pada, RM4.1030/1055. 

 

Malacca Securities Sdn. Bhd. dalam nota kajian berkata, indeks utama dijangka mencatatkan prestasi tidak banyak berubah dalam jangka masa terdekat. 

 

Ini kerana katanya, pelabur masih berhati-hati, beralih antara saham bertemakan pemulihan dan berkaitan penjagaan kesihatan.

 

Sementara itu, menurut Reuters, sebahagian besar data pembuatan di negara ekonomi baharu muncul di Asia menunjukkan kadar pemulihan yang lebih lambat.

 

Situasi ini secara tidak langsung membimbangkan pelabur, apatah lagi kadar vaksinasi juga perlahan di tengah-tengah ledakan jangkitan COVID-19 dan sistem penjagaan kesihatan yang tidak stabil.

 

Pakar strategi Daily FX, Margaret Yang menyifatkan sentimen kekal lemah di Asia ekoran gelombang baharu wabak itu di India dan beberapa negara Asia Tenggara, mengancam nyawa berjuta penduduk dan pemulihan ekonomi di rantau ini. - DagangNews.com