Skip to main content

KLCI ‘sambung’ kemerosotan pasaran semalam

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pasaran saham Malaysia dibuka lebih rendah susulan terdapat perubahan kecil dalam dagangan Wall Street yang didorong oleh sentimen ketidaktentuan pakej rangsangan di Amerika Syarikat (AS). 

 

Niaga hadapan AS lebih rendah selepas Perbendaharaan dan Rizab Persekutuan AS didakwa ‘bertelingkah’ berhubung rancangan pakej pemulihan. 

 

Setakat 9.03 pagi, KLCI mencecah 1,580.75, menyusut sebanyak 2.93 mata atau 0.19% daripada paras ditutup semalam iaitu 1,583.68. 

 

Dalam masa sama, para pelabur tetap bimbang akan kes COVID-19 yang kian meningkat sekali gus menyebabkan pasaran serantau untuk dibuka rendah. 

 

Di pasaran tempatan, Rakuten Trade menjangkakan para pelabur bakal memburu saham murah selain beralih ke saham-saham yang sebelum ini terjejas akibat penularan COVID-19.

 

Seperti sentimen yang dihadapi pelabur-pelabur Asia lain, pelabur di pasaran tempatan juga meletakkan kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 serta berita penemuan vaksin. 

 

“Saham berkaitan minyak dan gas mungkin meraih minat baharu memandangkan minyak mentah brent meningkat ke paras 11 minggu tertinggi. 

 

“Prestasi kewangan dalam saham-saham perladangan menunjukkan pertumbuhan mengukuh sekali gus menjadi sektor yang perlu diperhatikan untuk peluang pelaburan,”kata Rakuten Trade. - DagangNews.com