Koe Peng Kang berundur sebagai timbalan presiden SP Setia | DagangNews Skip to main content

Koe Peng Kang berundur sebagai timbalan presiden SP Setia

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Datuk Seri Koe Peng Kang akan berundur daripada jawatannya sebagai timbalan presiden dan ketua pegawai operasi (COO) SP Setia Bhd.

 

Hari terakhirnya bersama pemaju hartanah itu ialah 30 September ini, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

 

Koe menyertai SP Setia sebagai pengurus projek pada 1997. Beliau dilantik sebagai timbalan presiden dan COO pada 1 Oktober 2021 untuk tempoh dua tahun.

 

Di bawah kepimpinannya, Koe mempelopori pembangunan perbandaran bertema eko Setia yang memenangi anugerah, memulakan segmen hospitaliti dan projek luar negara untuk kumpulan itu, kata SP Setia.

 

“Sebagai presiden dan naib presiden semasa FIABCI Malaysia dan Asia Pasifik, kami mengiktiraf sumbangan Datuk Seri Koe bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga kepada sektor hartanah Malaysia,” tambah kumpulan itu.

 

Pengerusi S P Setia Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata pengganti Koe akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

“Dalam pada itu, presiden dan ketua pegawai eksekutif memikul tanggungjawab ini dengan bantuan semua naib presiden eksekutif,” katanya.

 

Harga saham S P Setia menokok satu sen atau 1.3% pada 78 sen pada hari Jumaat, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran sebanyak RM3.18 bilion. Saham syarikat tersebut telah jatuh 37.1% daripada RM1.24 setakat ini. - DagangNews.com