KPM perlu sediakan pelan tindakan tangani masalah `learning loss' pelajar COVID-19 | DagangNews Skip to main content

KPM perlu sediakan pelan tindakan tangani masalah `learning loss' pelajar COVID-19

Oleh KIRAN RAJ SATHNIVEL

MENURUT statistik di Malaysia, sebanyak 36% pelajar tidak dapat belajar dalam atas talian oleh kerana pelbagai faktor dalam tempoh pandemik ini. Ini bersamaan dengan sekurang-kurangnya 1.5 juta pelajar.

 

Keadaan ini sudah tentu akan mengakibatkan masalah “learning loss” dalam kalangan pelajar semasa wabak COVIDd-19 ini. “Learning loss” merujuk kepada tiada pengetahuan dan kemahiran khusus/am atau perubahan dalam pencapaian akademik akibat gangguan dalam persekolahan formal.

 

Sekiranya tiada sebarang intervensi daripada pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu ini, “learning loss” yang timbul daripada pandemik COVID-19 berkemungkinan mempunyai kesan negatif dalam jangka masa yang panjang terhadap kesejahteraan masa depan pelajar kita.

 

Isu ini akan memberikan kesan seperti mempunyai kurang akses kepada pendidikan tinggi, kadar penyertaan pasaran buruh yang lebih rendah dan purata pendapatan secara individu akan lebih merosot.

 

Oleh itu bagi mengharungi cabaran ini sambil membina sistem yang lebih anjal terhadap krisis masa depan yang bakal berlaku nanti.

 

Sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia (Johor) saya mencadangkan kerajaan untuk melaksanakan program pemulihan pembelajaran yang efektif dan perlu meningkatkan lagi belanjawan pendidikan dari segi beberapa aspek dengan menjadikan negara-negara barat sebagai modal dalam merangka dasar pemulihan sistem pendidikan negara.

 

 

Kiran Raj Sathivel adalah Ahli Parlimen Belia Malaysia (Johor) 
Kiran Raj Sathivel adalah Ahli Parlimen Belia Malaysia (Johor) 

 

 

KPM harus pastikan pelajar yang ketinggalan menerima sokongan/bantuan yang mereka perlukan untuk mencapai sasaran pembelajaran yang dijangkakan.

 

Di Itali, pelajar sekolah menengah yang menerima tunjuk ajar selama tiga dalam atas talian untuk seminggu melalui komputer, tablet dan telefon pintar telah melihat peningkatan sebanyak 4.7% dalam prestasi mereka dalam subjek matematik, bahasa Inggeris dan Itali.

 

Seterusnya kaedah pemulihan keduanya adalah dengan melaksanakan program kesinambungan pembelajaran untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran teradun untuk pelajar.

 

Program ini juga dapat membantu tingkatkan komunikasi antara guru dan pelajar, mendapat akses kepada bahan pendidikan dan pelajar dapat meneruskan persekolahan semasa tempoh kuarantin dipertingkatkan apabila sekolah ditutup.

 

Program pemulihan pembelajaran seperti ini boleh membantu menangani jurang pembelajaran.

 

 

parafrasa

 

 

Selain itu bagi memastikan sistem pemulihan yang berdaya tahan, bajet pendidikan juga perlu dipertingkatkan dengan kerajaan perlu memberikan peruntukan kepada kerajaan tempatan bagi pembiayaan alat bantu mengajar dan peralatan, memberikan sokongan dan perlindungan sosial kepada guru dan kakitangan KPM melalui kenaikan gaji.

 

Kerajaan juga perlu memantau dengan teliti tahap pembiayaan secara keseluruhan untuk pendidikan bagi memastikan dana yang diperuntukkan disalurkan dengan cekap terutamanya bagi pelajar yang paling memerlukannya.

 

Walaupun ini adalah satu proses jangka yang panjang, saya berharap usaha ini akan membantu sistem pendidikan negara pulih daripada kesan COVID-19 di samping menyesuaikan diri dengan pendekatan yang lebih efektif dan fleksibel pada masa hadapan. - DagangNews.com