KSK Land bekerjasama dengan Leaderonomics bantu PKS kenal pasti perniagaan waktu susah | DagangNews Skip to main content

KSK Land bekerjasama dengan Leaderonomics bantu PKS kenal pasti perniagaan waktu susah

Dari kiri: Jonathan Liang, Roshan Thiran, Joanne Kua, Richard Soo dan Nordin Abdullah pada majlis perbincangan panel anjuran KSK Land dengan kerjasama Leaderonomics dan Common Ground di Petaling Jaya, hari ini.

 


KUALA LUMPUR 29 Sept. - KSK Land, satu daripada syarikat pemaju harta tanah gaya hidup terkemuka di Malaysia, bekerjasama dengan Leaderonomics dan Common Ground untuk memberikan pandangan mengenai pembinaan model perniagaan yang lestari, disasarkan kepada pemain Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri Makanan dan Minuman.

Perbincangan panel bertajuk "Mengenal Pasti Peluang Di Sebalik Cabaran" disiarkan secara langsung melalui Facebook KSK Land dan Leaderonomics, juga terbuka
kepada orang umum dan telah diadakan di Common Ground, Damansara Heights.


Topik perbincangan mengupas pelbagai isu yang dihadapi oleh PKS dalam industri Makanan dan Minuman pasca COVID-19. Tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuk: "Kepentingan Kelestarian dalam Perniagaan", "Mengenal pasti Peluang semasa Krisis Ekonomi" dan "Mengetahui bagaimana untuk Memacu Strategi Jenama Anda dalam Industri yang Sangat Kompetitif".

Topik lain juga merangkumi elemen dan praktis perniagaan yang mampan; pengenalan kepada Program Pemecut Platter oleh KSK Land dan peluang program untuk PKS dan kepentingan penjenamaan dalam industri Makanan dan Minuman.


Mengetuai perbincangan panel ialah Joanne Kua, Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land dan Pengasas Leaderonomics, Roshan Thiran. Panel lain juga termasuk Richard Soo, Pengarah Projek KSK Land dan Jonathan Liang, Pengarah Penjenamaan KSK Land. Sesi ini telah dikendalikan oleh Nordin Abdullah, Pengasas Pusat Pengurusan Krisis.

Membentuk Model Perniagaan yang tangkas dan lestari

Perancangan kewangan bukan sahaja elemen penting untuk memastikan perniagaan yang berjaya dan berterusan. Malah, perniagaan merupakan permainan yang tidak terbatas dan bertujuan untuk mengekalkan kelangsungan jangka hidup panjang walaupun melalui pelbagai perubahan ekonomi, sosial atau persekitaran yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, aspek utama dalam meneruskan perniagaan terletak pada hubungan di antara semua aspek dalam perniagaan termasuk kewangan perniagaan, penjenamaan, pengurusan pembekal, pengembangan produk dan faktor lain.

Di KSK Land, ini bererti mereka harus mengubah pendekatan terhadap pelaksanaan projek mereka. "Salah satu langkah yang telah kami lakukan adalah perubahan dalam pelaksanaan kolaborasi di antara kumpulan-kumpulan kami. Disebabkan pengalaman saya dalam bidang permulaan perniagaan baru teknologi, kami menerapkan kerangka kerja AGILEyang membolehkan kumpulan kami menjadi lebih pantas dan bertindak balas terhadap perubahan dengan cepat dan berkesan,kata Joanne Kua, Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land.

Kami percaya bahawa kami ialah pemaju harta tanah pertama yang menggunakan sistem AGILE. Bagi kami, ini adalah langkah-langkah yang kami hendak lakukan untuk berterusan dan ini adalah komponen yang penting dalam usaha kami untuk mengekalkan kelestarian perniagaan kami dalam industri,tambahnya.


Pandemik COVID-19 yang terbaru ini telah memberi peluang untuk KSK Land menguji sistem metodologi AGILE.

Pengasas Leaderonomics, Roshan Thiran, menekankan kepentingan untuk terus belajar terutamanya semasa pandemik. Dia juga menambah Bagi perniagaan anda berjalan secara berterusan, anda haruslah sentiasa belajar, belajar dan terus belajar.

Kua bersetuju dengan Thiran dalam aspek ini, dan beliau menambah lagi pendapat dengan berkata: "Agile telah membolehkan kami untuk `menguji, belajar dan mengulang' dengan cepat melalui kegagalan, berkongsi pelajaran dari kegagalan dan berkolaborasi secara koheren di setiap fungsi dalam perniagaan. Ini telah mendorong kami untuk menjadi lebih pantas terutamanya pada waktu yang penuh perubahan. Ini telah mengajar kami untuk berubah dengan cepat mengikut perubahan pasaran.

Memperuntuk dan Mengurus Sumber Secara Optimum

Perniagaan dibina berdasarkan sumber bersepadu yang berfungsi secara sistematik untuk memaksimumkan pulangan keuntungan. Bagi perniagaan berjalan secara lestari dalam jangka masa yang panjang, ia memerlukan pengurusan sumber yang berkesan dan cekap untuk menyediakan organisasi menghadapi situasi yang mencabar.

"Usahawan haruslah mempelajari cara-cara yang terbaik untuk memperuntukkan dan mengurangkan modal mereka bagi memaksimumkan pulangan, terutamanya ketika krisis. Adalah sangat penting untuk anda mengetahui waktu terbaik untuk anda memusingkan perniagaan anda, dan apa yang anda perlukan bagi membantu anda mencapai matlamat anda dalam jangka masa pendek dan juga berkembang pada jangka masa yang panjang,
 tambah Kua.


Mengenal pasti Peluang Di Sebalik Cabaran

"Sejak bermulanya pandemik baru-baru ini, banyak perniagaan terutamanya PKS dalam industri makanan telah terjejas dari segi kewangan dan operasi. Di Kumpulan KSK, kami telah berjaya menceburi dalam penubuhan dan permulaan perniagaan baru teknologi seperti mengasaskan Carmana dan Sunday dan mengembangkan perniagaan-perniagaan ini dari awal sepertimana KSK Land pada hari ini.

"Saya menyedari bahawa kebanyakan pemilik perniagaan Makanan & Minuman yang bersemangat tergolong daripada PKS, dan sebagai pemilik perniagaan sederhana, bukanlah sahaja sokongan kewangan yang diperlukan tetapi bimbingan serta sokongan teknikal yang amat diperlukan untuk mereka berjaya. Berdasarkan pengalaman saya dalam kejayaan mengembangkan program pemecut teknologi, kini kami berubah arah ke industri Makanan dan Minuman. Kami percaya bahawa kami adalah kalangan yang pertama untuk melakukannya,
 kata Kua.


Pengarah Projek, Richard Soo telah memperkenalkan Program Pemecut Platter berdasarkan kejayaan mereka dalam menerajui projek pemecut dengan perniagaan baru dalam Kumpulan KSK. Ini telah memberi inspirasi kepada mereka untuk melancarkan Program Pemecut Platter yang bertujuan untuk memberikan lebih daripada sekadar sokongan kewangan, malah juga bimbingan, ruang khas di Platter dan sokongan teknikal untuk membimbing para peserta mengembangkan perniagaan yang mampan dan menguntungkan dalam jangka masa yang panjang.

Peranan Penjenamaan untuk Menangani Saingan

Kebanyakan perniagaan bercenderung untuk menjadi lebih reaktik daripada proaktif terutamanya ketika waktu krisis. Kebanyakan usahawan akan mengubah penjenamaan mereka agar bersesuaian dengan arah aliran pasaran dan seringkali melupakan elemen penting dalam ketekalan dan kualiti jenama mereka. "Walaupun penting untuk anda mengikuti arah aliran dan maklum balas pelanggan, anda juga harus pastikan nilai anda jelas dengan apa yang anda sampaikan kepada pelanggan anda. Kunci kejayaan penjenamaan adalah apabila anda menyampaikan tawaran unik secara berterusan dan bersesuaian dengan nilai penjenamaan anda, kata Jonathan Liang, Pengarah Penjenamaan KSK Land.

Dalam usaha mereka untuk memberi lebih banyak peluang kepada industri Makanan dan Minuman di Malaysia, KSK Land telah melancarkan Program Pemecut Platter pada bulan lepas. Sebagai tambahan kepada sokongan kewangan, program ini akan memberikan bimbingan, strategi perniagaan dan bengkel kepada para pemilik restoran untuk membantu mereka mengubah perniagaan mereka menjadi lebih lestari dan fleksibel untuk menghadapi krisis masa depan.

Acara ini telah disiarkan secara langsung dan boleh ditonton dalam laman Facebook KSK Land., untuk malumat lanjut berkenaan Program Pemecut Platter, sila layari www.platterkl.com  - DagangNews.com