kumoDent bersedia merevolusikan Operasi Klinik Pergigian | DagangNews Skip to main content

kumoDent bersedia merevolusikan Operasi Klinik Pergigian

KUALA LUMPUR 18 Nov –  Dalam bulan pertama sejak pelancaran jualan kumoDent pada awal bulan Julai, kira-kira 15 buah klinik pergigian telah meraih manfaat daripada sistem berasaskan awan sepenuhnya yang baharu dan canggih tersebut.

 

Berdasarkan maklum balas yang menggalakkan, pasukan ini menyasarkan untuk mendapatkan 300 buah klinik pergigian pada tahun depan.

 

Sistem yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia,  komitmen  dan visi  kumoDent ialah untuk mendigitalkan industri pergigian di Malaysia dengan sistem canggih mereka, membolehkan doktor gigi memberikan tumpuan kepada amalan mereka dan mengembangkan perniagaan sambil membolehkan sistem menjaga operasi hariannya.  

 

Pengasas kumoDent, Kevin Nair berkata, ia adalah satu platform yang mudah, fleksibel dan ciri yang paling penting –  satu platform yang selamat,  yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang membolehkan janji temu, komisen, inventori, dan tugasan dilakukan dengan mudah.

 

Menurutnya, kumoDent dilengkapi dengan hos pelbagai aplikasi lain seperti  kumoSan  yang membolehkan klinik mengesan waktu masuk dan keluar pekerja.

 

‘’Kami juga mempunyai aplikasi tempahan pesakit yang baharu dilancarkan dinamakan MeTIME Wellness yang membolehkan pesakit membuat tempahan pada bila-bila masa dan tidak lama lagi, pembelian turut boleh dilakukan melalui aplikasi ini.

 

‘’Aplikasi-aplikasi ini  dan  kumoDent adalah satu sistem yang diintegrasikan dan sentiasa dikemas kini dengan keluaran ciri-ciri baharu dan inovasi, yang boleh digunakan untuk perniagaan klinik"  katanya dalam kenyataan di sini.

 

Kevin berkata, kumoDent  dan hos aplikasinya  dibina dengan pendekatan yang bersih dan  minimalis. Matlamat kami adalah untuk sentiasa menghasilkan sesuatu yang ringkas dan mudah difahami, tidak rumit.

 

Sebagai contoh ujar beliau, hanya satu klik diperlukan untuk menghantar pautan tele-kesihatan kepada pesakit anda manakala yang lain boleh menyertai panggilan tersebut, tanpa sebarang kesukaran.

 

kumoDent boleh digunakan melalui lawan web dan aplikasi di mana ia membolehkan para pengguna memperoleh data outlet melalui mana-mana peranti pada setiap masa.

 

 

Kevin Nair pengasas kumoDent, dan pasukannya mempamerkan produk kumoDent mereka.
Kevin Nair pengasas kumoDent (tengah), dan pasukannya mempamerkan produk kumoDent mereka.

 

Pada masa yang sama, syarikat ini juga memastikan sistem ini adalah selamat, stabil, mantap dan data disulitkan menggunakan teknologi Microsoft Azure dengan skor perjanjian aras khidmat (SLA) pada kadar 99.9%.

 

"Berdasarkan perkembangan dan respons kumoDent setakat ini, kami yakin bahawa klinik pergigian akan dapat melihat manfaat daripada penggunaan sistem ini tidak lama lagi," kata Kevin.

 

Dengan pesaingan-pesaingan yang wujud di pasaran terutamanya dari Eropah, kumoDent berasa bangga kerana ia masih menjadi pilihan dan ciri berinovasinya menjadikan ia kekal relevan dengan keperluan industri.

 

Satu daripada pembeza utama kumoDent adalah ketersediaan infografik untuk penjagaan selepas rawatan yang memberi tumpuan kepada Perkara-perkara yang Boleh Dilakukan dan Tidak Boleh Dilakukan selepas menjalani apa-apa rawatan.

 

Ini boleh dikongsi terus dari  kumoDent ke akaun Whatsapp pesakit dengan satu klik yang mudah. Infografik ini dilakukan secara dalaman oleh penulis perubatan berpengalaman, pereka dan diteliti terlebih dahulu oleh doktor gigi yang berpengalaman sebelum ia dikeluarkan.

 

Di samping itu, kumoDent ialah sebuah sistem awan sepenuhnya,   bermakna semua maklumat dan data diselaraskan dalam masa nyata yang membolehkan rekod perubatan elektronik (electronic medical record, EMR)  boleh diperoleh dari mana-mana lokasi atau cawangan  pada bila-bila masa, pada mana-mana peranti. Ini  akan terbukti menjadi satu titik tambah untuk perniagaan berbilang rantaian.

 

"Kami bermula dengan kumoDent sebagai satu penyelesaian untuk mengisi kekurangan dalam industri ini, terutamanya kerana kami telah menerima pelbagai pertanyaan daripada pengamal industri pergigian yang sudah biasa dengan Aoikumo,"  kata Nair, merujuk kepada Aoikumo yang merupakan sistem berasaskan awan sepenuhnya yang pertama kali diperkenalkan bagi industri estetika perubatan  pada awal 2018. 

 

Sebagai Ketua Teknikal bagi Aoikumo (dan juga kini kumoDent), Nair mempunyai kewibawaan untuk mengesahkan  bahawa ia membuat kemajuan dalam industri Estetika Perubatan sejak penubuhannya. Banyak kemas kini yang telah diperlihatkan setakat ini, untuk kekal relevan.

 

Walaupun berdepan masa yang sukar akibat pandemik COVID-19, firma ini telah bertekad  membangunkan sistem kumoDent.

 

Oleh kerana industri pergigian masih dibuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak terjejas teruk, pasukan kumoDent bersyukur boleh bekerjasama rapat dengan pengamal klinikal  untuk membina sistem yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan industri perkhidmatan pergigian.

kumodent

Firma ini komited untuk terus mengemas kini  kumoDent dengan keluaran ciri dan inovasi baru.

 

"Ini adalah cara yang telah kami lakukan dengan Aoikumo selama ini dan kami tidak akan sesekali berhenti. Ia adalah falsafah kami; kami berfikir jangka panjang dan untuk terus maju ke hadapan, kami mesti sentiasa menambah baik kumoDent dengan ciri berinovasi untuk kekal relevan dalam industri klinik pergigian ini.

 

‘’Di samping itu, kami juga akan berusaha untuk menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik dengan meningkatkan aliran dan antara muka yang lebih baik untuk kumoDent," katanya.

 

Aoikumo adalah penerima geran CIP oleh Cradle Fund pada tahun 2017. Pertumbuhan firma ini melebihi 100% dan baru-baru ini memperoleh CIP IGNITE (ii) – satu program pembiayaan yang menyediakan geran dan bantuan nilai tambah.

 

Aoikumo baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) di bawah inisiatif Geran Pendigitalan Perniagaan PKS SME (Malaysian government’s SME Business Digitalisation Grant initiative, MDeC) kerajaan Malaysia dan Penyedia Perkhidmatan Digital (Digital Service Provider, DSP) di bawah inisiatif kerajaan negeri  Selangor (SIDeC).

 

Ini bermakna pelanggan baru Aoikumo dan kumoDent akan dapat menikmati geran padanan sebanyak 50% sehingga RM5,000.

 

Layari www.kumodent.com  dan  www.aoikumo.com untuk maklumat lanjut mengenai  kumoDent  dan  Aoikumo  (untuk estetika perubatan). – DagangNews.com