Kumpulan Papparich berdepan petisyen penggulungan, dituntut tutup operasi | DagangNews Skip to main content

Kumpulan Papparich berdepan petisyen penggulungan, dituntut tutup operasi

paparich

SINGAPURA 9 Julai - Kumpulan Papparich berdepan dengan satu petisyen penggulungan atau ‘winding-up petitions’ yang telah difailkan semalam.

Petisyen itu menuntut agar operasi kumpulan Paparich ditutup. 

Perkara berkenaan disahkan oleh ST Group Food Industries yang merupakan kumpulan syarikat usaha sama dengan Papparich Australia.

Petisyen itu difailkan oleh Chen Khai Voon dan Agathisfour kepada Mahkamah Tinggi Malaya, masing-masing bertarikh 15 Mei dan 22 Mei. 

Prosiding pendengaran dijangka berlangsung pada 21 September dan 3 November depan. 

Sementara itu, ST Group Food Industries melihat situasi itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas operasi dan perniagaan Kumpulan Papparich. 

Jelas kumpulan berkenaan, pihaknya juga akan kekal memegang hak eksklusif terhadap tanda dagangan (trademark) dan jenama Papparich di Australia serta New Zealand.  

Pemegang-pemegang saham Papparich Australia terdiri daripada  STG Food Industries, iaitu anak syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh ST Group Food Industries, Papparich Group, dan Agathisfour.  

Petisyen boleh dibuat oleh mana-mana pihak yang berhak memfailkan petisyen penggulungan syarikat; termasuklah pemiutang syarikat, pelikuidasi, Pendaftar Syarikat atau Pegawai Penerima seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 464 AS 2016 (217 AS1965).  - DagangNews.com