Skip to main content

Kumpulan QI mendefinisi semula konsep `Pay It Forward’ dengan program ‘Hadiah Kehidupan’

Apa yang bermula sebagai sumbangan peribadi untuk tujuan murni dan individu yang layak untuk memperingati hari-hari penuh makna bagi Dato’ Sri Vijay Eswaran and Datin Sri Umayal Eswaran kini menjadi aspek menggembirakan di dalam budaya Kumpulan QI. Pasangan ini berkongsi kisah perjalanan Hadiah kehidupan dan bagaimana inisiatif ini telah berkembang.

 

Hidup adalah suatu anugerah, dan kita mesti menjalaninya dengan rasa syukur dan membayarnya ke hadapan (pay it forward). Kesyukuran sebegitu memberi inspirasi kepada kebaikan, hubungan dan perubahan kehidupan yang transformatif dalam diri Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan QI Dato’ Sri Vijay Eswaran dan isterinya, Datin Sri Umayal Eswaran.

 

Sentiasa menginsafi betapa hidup mereka diberkati, pasangan itu menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan percaya amalan memberi dan menerima adalah aspek yang kuat dalam kewujudan setiap individu.

 

Diberkati dengan kehidupan yang baik, rasa kewajipan ini telah menggerakkan mereka untuk ‘membayar ke hadapan’ dengan sepenuh hati dan jiwa.

 

Setelah menjadikan usaha memberi balik kepada masyarakat sebagai asas kehidupan peribadi dan profesional mereka selama bertahun-tahun melalui pelbagai usaha, perkara yang paling dekat di hati keluarga Eswaran ialah inisiatif 'Hadiah Kehidupan'.

 

Apa yang bermula sebagai sumbangan peribadi kepada tujuan yang murni dan individu yang layak untuk menandakan hari lahir, ulang tahun dan peristiwa penting lain dalam kehidupan pasangan itu, kini menjadi aspek budaya QI yang menggembirakan.

 

Keluarga, sahabat-handai, rakan sekerja dan pekerja telah menerima pemberian Hadiah Kehidupan sebagai ganti bunga, kek dan hadiah lain untuk menandakan majlis istimewa dengan penuh makna.

 

Program ini telah berkembang untuk menyokong individu, kumpulan, dan komuniti yang terpinggir di kawasan bandar dan luar bandar. Ini termasuk masyarakat Orang Asli, rumah anak yatim, institusi kebajikan dan pelajar berkeperluan khas. Yayasan RYTHM, inisiatif impak sosial QI, menguruskan program ini.

 

rhytm

 

rhytm

 

 

“Kami memulakan Hadiah Kehidupan kerana kami ingin melakukan sesuatu yang bermakna untuk menandakan peristiwa penting dalam hidup kami, seperti hari lahir dan ulang tahun,” kata Datin Sri Umayal, Pengerusi RYTHM.

 

“Setiap tahun, kami akan menerima bunga dan hadiah pada majlis-majlis ini, dan walaupun kami menghargai sentimen di sebaliknya, kami merasakan ia jauh lebih bermakna untuk berkongsi rasa terima kasih kami untuk kehidupan dengan mereka yang tidak begitu bernasib baik.

 

“Jadi, kami menggalakkan keluarga dan rakan-rakan kami yang ingin memberi kami hadiah supaya menderma atas nama kami untuk tujuan yang berbaloi. Sambutan daripada mereka sangat bagus,” tambahnya.

 

rhytm

 

Reaksi positif tersebut memberi inspirasi kepada keluarga Eswaran untuk menstrukturkan program yang lebih formal di bawah sepanduk Hadiah Kehidupan. Hasilnya, Yayasan mula mengenal pasti pihak yang layak dan menjemput pihak lain untuk mengambil bahagian di dalamnya.

 

“Apabila anda menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik, berkat daripadnya adalah lebih berharga daripada sebarang pemberian fizikal. Saya lebih suka menyumbangkan kerusi roda atas nama anda kepada seseorang yang sangat memerlukannya daripada hadiah yang anda akan lupakan dalam masa sebulan,” kata Datuk Sri Vijay.

 

Inspirasi untuk Hadiah Kehidupan dan kepentingan hari lahir dan tarikh penting lain kepada pasangan itu berakar umbi dalam amalan budaya Timur.

 

Idea barat iaitu meniup lilin pada kek, misalnya, bertentangan dengan tradisi Asia. Dato’ Sri Vijay menjelaskan: “Budaya kita menggalakkan kita menyalakan lampu pada majlis-majlis penting. Jadi, sebagai contoh, kita tidak meniup lilin pada kek tetapi berhati-hati mengeluarkannya agar ia membakar secara semula jadi.

 

“Begitu juga, kami mula mengenali konsep Annadanam (memberi makan kepada orang miskin) pada awal kehidupan. Saya masih ingat ayah saya mendesak kami menyambut hari lahir saya di rumah anak yatim atau rumah orang tua dan memberi hadiah kepada penduduk. Ini adalah antara beberapa tradisi yang ibu bapa kami tanamkan dalam diri kami.”

 

 

rhytm

 

 

Setiap bulan, RYTHM mengenal pasti pihak atau tujuan yang wajar, dan keluarga Eswaran menderma ke arah itu atas nama keluarga terdekat dan rakan-rakan yang meraikan hari lahir, ulang tahun atau majlis istimewa lain mereka. Kemudian, orang yang dinamakan dalam sumbangan menerima gambar dengan surat ringkas yang menerangkan projek itu.

 

Reaksi dari kalangan mereka mengejutkan pasangan itu. “Maklum balas itu cukup menggembirakan dan memperkasakan lagi kami. Dalam keadaan tertentu, mereka membayarnya pada hari lahir dan ulang tahun kami dengan menyumbang kepada sebab yang sama atau mereka telah pun terlibat sama," kata Dato' Sri Vijay.

 

Inisiatif ini menyokong beberapa sekolah di luar bandar Malaysia, sejak kebelakangan ini.

 

“Banyak sekolah di Malaysia kekurangan infrastruktur asas dan tidak boleh mendapatkan dana untuk menyediakan guru dan pelajar persekitaran pendidikan yang selamat dan kondusif,” kata Datin Sri Umayal. "Ada yang tidak mempunyai taman permainan untuk kanak-kanak, tidak pernah mempunyai perpustakaan, mempunyai bilik darjah yang bocor apabila hujan, atau lantai rosak."

 

 

rhytm

 

rhytm

 

 

Jangkauan Hadiah Kehidupan juga telah melangkaui sekolah. Sebagai contoh, di Malaysia, program ini telah membawa kelegaan kepada mangsa banjir, membiayai pusat jagaan untuk kanak-kanak autistik daripada keluarga berpendapatan rendah, menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar peringkat pengajian tinggi, dan menyumbang kepada perpustakaan pinjaman buku teks mudah alih untuk kanak-kanak tanpa dokumen.

 

“Konsep di sebalik Hadiah Kehidupan mungkin bukan baharu tetapi boleh mengubah hidup ramai yang memerlukan. Kami percaya perubahan kecil boleh membuat perbezaan yang ketara dalam kehidupan kami. Kami ingin melihat lebih ramai orang memberi kembali atau membayarnya ke hadapan kerana ramai yang memerlukan,” kata Datin Sri Umayal.

 

Dato’ Sri Vijay menambah: “Hidup adalah anugerah, jadi jalani dengan rasa syukur. Persoalannya ialah apa yang boleh anda lakukan untuk dunia dan bukannya apa yang dunia boleh lakukan untuk anda."

 

 

rhytm

 

rhytm

 

rhytm

 

 

Tonton Datuk Sri Vijay dan Datin Sri Umayal berkongsi bagaimana mereka menambah makna pada hari lahir, ulang tahun dan majlis istimewa lain melalui inisiatif Hadiah Kehidupan dalam video berikut: https://www.youtube.com/watch?v=GSAp94vAJ9A - DagangNews.com