Lagenda Properties bakal hadapi masalah untuk projek di luar Perak - HLIB | DagangNews Skip to main content

Lagenda Properties bakal hadapi masalah untuk projek di luar Perak - HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mei - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan Lagenda Properties Berhad akan masalah untuk menggunakan model perniagaan mereka di luar Perak kerana mereka tidak biasa dengan situasi semasa di negeri itu.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu akan mengembangkan perniagaan mereka di luar Perak iaitu ke Kedah, Johor dan Pahang untuk kali pertama pada FY22.

 

"Kami percaya permintaan untuk rumah mampu milik semakin mendapat permintaan bagaimanapun mereka dijangka berdepan masalah untuk mempercepatkan pembinaannya di luar Perak.

 

"Kumpulan itu kurang faham dengan keadaan lokasi itu selain kerangka kerja yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan selain perlu membina hubungan baharu dengan kontraktor tempatan, pembekal dan pemegang taruh berkaitan.

 

"Keadaan itu akan memperlahankan kerja-kerja mereka dan berkemungkinan akan merendahkan margin keuntungan terutama di peringkat awal pelancaran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu kumpulan itu merekodkankeuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) RM47 juta untuk 1QFY22 dan keputusan itu adalah lebih rendah daripada jangkaan firma itu dan ia berpunca daripada aktiviti pembinaan yang lebih perlahan dan jualan.

 

Pendapatan kumpulan juga menurun sebanyak 23.2% kerana projek berterusan yang lebih rendah kerana beberapa projek telah disiapkan pada suku sebelumnya serta jualan yang lebih rendah yang dicapai pada suku semasa.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM1.62 berbanding RM2.00 akibat aktiviti pembinaan yang perlahan, kelemahan pasaran hartanah kerena peningkatan kadar keuntungan pinjaman dan bahan mentah. - DagangNews.com