Lalamove 'lebarkan sayap' ke Johor & Pulau Pinang | DagangNews Skip to main content

Lalamove 'lebarkan sayap' ke Johor & Pulau Pinang

Lalamove

KUALA LUMPUR 19 April - Perkhidmatan penghantaran terkenal, Lalamove berjaya melebarkan lagi sayap perkhidmatannya ke dua negeri lagi iaitu Johor dan Pulau Pinang.

 

Pengarah Urusan Lalamove, Jane Teh berkata, dengan kejayaan tersebut, pengguna di kedua-dua negeri berkenaan boleh membuat pesanan penghantaran dengan harga serendah RM5.

 

"Masyarakat secara umumnya telah membiasakan diri dengan alaman duduk di rumah dan penjarakan fizikal sejak bermulanya PKP pada Mac 2020.

 

"Perubahan gaya hidup ini mengubah aktiviti pengguna yang lebih memilih perkhidmatan penghantaran.

 

"Situasi ini memberi peluang dan kelebihan kepada PKS untuk terus bertahan dan memperoleh keuntungan meskipun berdepan dengan cabaran wabak," katanya seperti dilapor Soya Cincau hari ini.

 

.

 

Semua pelanggan berpeluang menikmati ciri tambahan termasuk penghantaran pelbagai hentian, pantauan penghantaran melalui GPS serta perkhidmatan penghantaran 24/7.

 

Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman penghantaran pada kadar harga berpatutan dan pantas kepada pengguna harian serta PKS yang tinggal di kawasan utara dan selatan semenanjung Malaysia.

 

Lalamove yang telah beroperasi lebih dua tahun di Lembah Klang mampu menerima dan menyelesaikan 500,000 pesanan pada setiap bulan.

 

Dengan kemampuan berkenaan, Jane memberi keyakinan bahawa perkhidmatan tersebut akan turut beroperasi dengan jayanya di dua negeri itu. 

 

Aplikasi penghantaran Lalamove boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store. - DagangNews.com