Lark tawar modul serba baharu, manfaat 500 pelajar TVET | DagangNews Skip to main content

Lark tawar modul serba baharu, manfaat 500 pelajar TVET

Lark

KUALA LUMPUR 15 Julai - Kumpulan sumber manusia , RAMSSOL Group melalui kerjasamanya dengan Megatech Education Sdn. Bhd memperkenalkan platform pembelajaran serba baharu dengan nama Lark yang mampu memberi manfaat kepada 500 pelajar mereka dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama RAMSSOL, Clement Tan berkata, Lark merupakan platform kerjasama semua dalam satu yang memenuhi garis panduan e-pembelajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

"Lark turut disyorkan oleh UNESCO sebagai penyelesaian pembelajaran jarak jauh yang menawarkan modul komunikasi pelbagai seperti pesidangan video, penciptaan dan kerjasama dokumen, perkongsian ruang kerja serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

"Menerusi Lark ini juga kami yakin dapat menyokong Megatech dalam usaha mereka untuk terus melahirkan pelajar yang celik teknologi dan bersedia mendepani industri, lebih-lebih lagi dengan pengiktirafan terhadap platform ini oleh JPK," katanya dalam satu kenyataan.

Lark

Lark adalah platform kerjasama semua dalam satu yang menggabungkan pelbagai kemudahan penting dalam satu platform tunggal yang menjadikannya sebagai teknologi ideal kepada syarikat perniagaan di rantau ini.

Antara ciri yang disediakan termasuk persidangan video, pengesanan kesihatan, perbualan, kalender, penciptaan dan simpanan awam yang mudah diakses.

Kelebihan tersebut membolehkan pelajar menyiapkan tugasan walau di masa sahaja mereka berada sekali gus memberi gambaran seolah-olah mereka berada dalam bilik darjah fizikal.

Selain menawarkan pembelajaran jarak jauh yang cekap, Lark turut menyediakan jaringan jalur lebar bagi tujuan pemprosesan digital, pengekalan pelajar dan proses pengambilan pelajar baharu.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC), Ts.P.Sailanathan berkata, kehadiran teknologi berkenaan adalah inisiatif baharu berbanding kedatangan ke bilik darjah secara fizikal.

"Kami sukacita untuk bekerjasama dengan RAMSSOL Group untuk memanfaatkan kepakaran mereka membekalkan penyelesaian berkualiti yang boleh memacu perkembangan institusi TVET di Malaysia," jelasnya. - DagangNews.com