Lebih 10 juta rakyat Malaysia divaksin | DagangNews Skip to main content

Lebih 10 juta rakyat Malaysia divaksin

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Julai - Jumlah kumulatif vaksinasi di Malaysia terus meningkat kepada 10,036,361 sehingga 7 Julai 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah tersebut meliputi 6.9 juta penerima vaksin dos pertama dan lebih 3 juta penerima dos kedua.

 

Dengan peningkatan tersebut, peratusan populasi yang menerima vaksin bagi dos pertama meningkat kepada 21.4% bagi tempoh sama.

 

.

 

Peratusan populasi bagi penerima dos kedua pula meningkat kepada 9.3%.

 

Bagi jumlah peratusan golongan dewasa yang menerima vaksin, sebanyak 29.9% telah menerima suntikan dos pertama dan 13% berjaya melengkapkan dua suntikan dos vaksin COVID-19.

 

Sementara itu, bagi jumlah pemberian dos harian, Malaysia mencatatkan jumlah pemberian dos melebihi sasaran 300,000 dos selama tiga hari berturut-turut.

 

.

 

Sebanyak 375,842 dos berjaya disuntik semalam sekali gus menjadi jumlah tertinggi yang dicatatkan dalam Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaaan (PICK).

 

Daripada jumlah harian tersebut, 207,795 melibatkan pemberian dos pertama dan 168,047 lagi adalah pemberian dos kedua.

 

Selangor menjadi negeri yang mencatatkan jumlah pemberian dos harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 49,645 bagi dos pertama dan 30,964 bagi dos kedua. - DagangNews.com