Lebih 160,000 penganggur tiada kemahiran, kelayakan mencari kerja - Aisling Group | DagangNews Skip to main content

Lebih 160,000 penganggur tiada kemahiran, kelayakan mencari kerja - Aisling Group

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Jun - Masih terdapat lebih daripada 160,000 penganggur tidak aktif, seperti mereka yang tidak mempunyai kemahiran atau akses kepada latihan yang berpatutan untuk mencari kerja, menurut Aisling Group.

 

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Melissa Norman berkata, ramai juga percaya tiada pekerjaan atau memikirkan mereka tidak berkelayakan. 

 

"Faktor-faktor ini menghalang mereka daripada mencari kerja. Memotivasikan mereka untuk mula memohon pekerjaan memerlukan peningkatan semangat juga. 

 

"Sebagai contoh, penganggur yang tidak aktif boleh menghadiri bengkel (terutamanya bengkel fizikal untuk mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet) atau menghadiri program di mana mereka boleh belajar asas kemahiran komputer, cara menulis CV (resume), CV mereka disemak dan bersedia untuk temuduga kerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, Melissa berkata, buat pertama kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan pada Mac 2020, kadar pengangguran negara jatuh di bawah 4% pada April 2022, berbanding 4.6% pada April 2021.

 

Beliau berkata, walaupun kadar pengangguran masih belum kembali ke paras pra-pandemik di bawah 3.5%, sesebuah negara dianggap telah mencapai guna tenaga penuh jika kadar penganggurannya bawah 4%. 

 

"Ini sudah tentu petanda positif. Namun, terdapat beberapa kebimbangan, salah satu yang paling lazim ialah ketidakpadanan dalam pasaran kerja yang boleh membawa kepada isu seperti penghijrahan individu (brain drain) dan tidak bekerja.

 

"Walaupun banyak yang telah dilakukan untuk menangani isu tersebut, nampaknya kami telah banyak bergantung kepada penyelesaian tradisional untuk masa yang lama. Adalah baik untuk menggunakan kaedah yang telah dicuba dan diuji, sudah tentu. 

 

"Ini adalah kerana kami telah mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, menjadikan pekerjaan lebih menarik, dan baru-baru ini, meningkatkan gaji minimum," katanya. - DagangNews.com