Lebih banyak R&R Lebuh raya PLUS kini dibuka semula | DagangNews Skip to main content

Lebih banyak R&R Lebuh raya PLUS kini dibuka semula

TIGA pengunjung menunjukkan pelekat warna hijau semasa menjamu selera di satu daripada R&R PLUS yang sudah dibuka kepada pengguna lebuh raya. - Gambar PLUS

 

 

PETALING JAYA 18 Sept - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pembukaan 11 lagi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya kendaliannya, mulai hari ini hingga Isnin ini.

 

Sebelum ini, PLUS telah mengumumkan bahawa medan selera di Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan), Mambau (Arah Timur dan Barat), Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) dan Dengkil (Arah Utara dan Selatan) telah dibuka semula kepada pelanggan lebuh rayanya.

 

PLUS berkata, pembukaan R&R tersebut adalah sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan kapasiti operasi 100% apabila sebanyak 80% daripada tenaga kerjanya telah mendapatkan vaksinasi lengkap.

 

Bagi para pelanggan yang telah menerima vaksin lengkap, mereka perlu menunjukkan status vaksinasi COVID-19 di aplikasi MySejahtera semasa membuat pesanan di gerai kendalian rakan niaga dan akan menerima label pelekat hijau daripada peniaga sebelum menikmati hidangan di medan selera R&R. 

 

''Bagi pelanggan lebuh raya yang belum menerima vaksin lengkap, mereka masih boleh menikmati menu yang enak dengan pembelian secara bawa pulang dari R&R kami,'' kata syarikat pengendali lebuh raya itu dalam kenyataan di sini hari ini.

 

PLUS juga menyarankan mereka untuk menggunakan fungsi Pra-Pesanan menerusi aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma atau melalui https://orderdisini.plus.com.my/ daripada peniaga dan pengusaha gerai R&R yang mengambil bahagian bagi meminimumkan interaksi. 

 

BACA JUGA : 7 R&R lebuh raya PLUS dibuka mulai Hari Malaysia 16 September 2021

 

Sebelas R&R yang dibuka ialah:

18 September 2021 (Sabtu)
1) R&R Tapah (Arah Selatan)
2) R&R Tapah (Arah Utara) 
3) R&R Rawang (Arah Utara)
4) R&R Dengkil (Arah Selatan)
5) R&R Dengkil (Arah Utara)
6) R&R Pagoh (Arah Selatan)

 

20 September 2021 (Isnin)
1) R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)

 

21 September 2021 (Selasa) 
1) R&R Seremban (Arah Selatan)
2) R&R Seremban (Arah Utara)
3) Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara)
4) Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara)  

 

PLUS

 

 

''Pelanggan boleh memuat turun Aplikasi PLUS dengan mudah daripada Play Store bagi pengguna Android dan Apple App Store. Dapatkan maklumat terkini dan perkhidmatan lain kami dengan melayari www.plus.com.my,'' kata PLUS. - DagangNews.com