LHDN terima 566,364 permohonan baharu BPR hingga semalam | DagangNews Skip to main content

LHDN terima 566,364 permohonan baharu BPR hingga semalam

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menerima sebanyak 566,364 permohonan baharu serta hampir 3.9 juta permohonanan untuk mengemaskini maklumat berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah LHDN, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah memberitahu, jumlah tersebut dicatatkan bagi tempoh sehingga 22 Februari 2021.

 

"Dari 15 Januari sehingga 22 Februari 2021, LHDN Cawangan Duta telah menerima 13,279 borang secara manual, dengan kehadiran purata harian 382 orang, serta 35,000 borang secara dalam talian.

 

"Bagi permohonan secara manual, LHDNM Cawangan Duta menyediakan 6 kaunter perkhidmatan, termasuk 2 kaunter khas untuk golongan OKU, warga emas dan frontliners. ⠀

 

"Sehingga 22 Februari 2021, secara keseluruhannya, LHDN telah menerima 566,364 permohonan baharu dan hampir 3.9 juta permohonan untuk mengemaskini maklumat," jelas beliau.

 

Maklumat tersebut dikongsi ketika menyertai satu tinjauan Kaunter BPR yang melibatkan LHDN Cawangan Duta oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

 

Dalam tunjauan tersebut, Tengku Zafrul memberitahu, ramai yang terkesan dan memerlukan bantuan dalam keadaan pandemik COVID-19.

 

Menyedari hakikat itu, kerajaan telah memanjangkan tarikh tutup pendaftaran baharu dan pengemaskinian BPR sehingga 25 Februari 2021. 

 

Tarikh tersebut sebelim ini hanya dibuka bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021.

 

Dalam pengumuman lanjutan tersebut minggu lalu, beliau memberitahu, langkah itu adalah untuk memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, selain mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara. - DagangNews.com