Lim Wee Chai beli 2.8 juta saham Top Glove ketika permintaan sarung tangan getah merosot | DagangNews Skip to main content

Lim Wee Chai beli 2.8 juta saham Top Glove ketika permintaan sarung tangan getah merosot

Saham Top Glove semasa bursa ditutup pada 15 Ogos 2022, susut enam sen kepada 79.5 sen sesaham. - Gambar DagangNews.com

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Pengerusi Eksekutif Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai telah membeli dua blok 2.8 juta saham dalam syarikat sarung tangan getah itu pada harga RM2.31 juta.

 

Menurut pemakluman syarikat itu di Bursa Malaysia, Lim memperoleh 1.3 juta saham pada 12 Ogos untuk 85.592 sen sesaham, dan 1.5 juta saham lagi pada 15 Ogos untuk 79.5 sen sesaham.

 

Ini meningkatkan kepentingan langsungnya kepada 27.627% daripada 27.592% pada 15 Julai.

 

Selain itu, beliau memegang 8.495% kepentingan tidak langsung dalam syarikat itu.

 

Harga saham pengeluar sarung tangan getah, termasuk Top Glove, berada dalam aliran menurun apabila kesan positif pandemik COVID-19 terhadap permintaan sarung tangan semakin berkurangan.


 

Tan Sri Dr Lim Wee Chai
                                                                                     Tan Sri Dr Lim Wee Chai

 


Top Glove, yang kehilangan 66.74% setakat ini, ditutup 7.02% atau enam sen lebih rendah kepada 79.5 sen pada hari Isnin — paras yang tidak dilihat sejak Mac 2017. Pada 79.5 sen, saham itu bernilai RM6.49 bilion.

 

Bagi sembilan bulan berakhir 31 Mei 2022, keuntungan bersih terkumpul Top Glove menjunam 96.03% tahun ke tahun kepada RM288.56 juta daripada RM7.27 bilion, manakala hasil turun 68.5% kepada RM4.5 bilion daripada RM14.29 bilion setahun tahun lebih awal. - DagangNews.com