"Mahu Rich anda perlu Works" - Menteri Parekraf Indonesia, Dr Sandiaga Uno | DagangNews Skip to main content

"Mahu Rich anda perlu Works" - Menteri Parekraf Indonesia, Dr Sandiaga Uno

Azizan Osman bersama Sandiaga Uno dalam persidangan video pada 8 Ogos 2022.

JAKARTA 9 Ogos - "Mahu 'Rich', harus 'Works'. Untuk capainya perlunya miliki semangat kerja 4AS iaitu kerja keras, kerja cergas, kerja tuntas dan kerja ikhlas," kata Dr Sandiaga Uno.

 

Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (KEMENPAREKRAF) Indonesia itu memberitahu, kepakaran dan pencapaian dimiliki RichWorks International Sdn Bhd dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sudah terbukti dan banyak dalam membangunkan usahawan.

 

"Beliau dan RichWorks sudah melatih lebih 10,000 bisnes dengan lebih 1.5 juta peserta dari sekitar 1,500 program secara langsung dan maya.

 

"Saya juga sangat menghargai dengan tajaan 50 usahawan yang akan dipilih untuk sertai sesi permentoran selama 3 hari di Bali pada September ini," katanya ketika Taklimat Media Mingguan KEMENPAREKRAF pada Isnin.


 

parekraf
Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (KEMENPAREKRAF), Dr Sandiaga Uno

 


Sementara itu, wakil RichWorks International Indonesia, Aryani Firdaus berkata, metodologi, latihan dan bimbingan Azizan bersama RichWorks sudah ada hasil terbukti yang membawa transformasi bisnes ke tahap lebih tinggi.

 

"Jadi kami mahu bawakan ia ke Indonesia untuk memberi manfaat dan kesan sama kepada usahawan di sini.

 

"Bahkan setiap usahawan yang disaring untuk ikuti ICM di Bali yang ditaja ikuti bimbingan tiga hari yang bernilai RM50,000 seorang dengan jumlah keseluruhan cecah RM2.5 juta bagi 50 usahawan," jelasnya.


 

Aryani Firdaus
                                        Aryani Firdaus


 

Menurut Azizan yang hadir secara virtual, beliau berada bertuah dan berterima kasih atas peluang dan jemputan diberikan kepada RichWorks untuk membimbing usahawan terutama dalam ekonomi kreatif Indonesia.

 

"Saya benar-benar mahu melihat usaha ini membangkitkan kekuatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Indonesia.

 

"Potensi usahawan di Indonesia sangat besar dengan saya sendiri melihat kemahuan tinggi dan komitmen untuk majukan bisnes dijalankan usahawan daripada pelbagai latar belakang yang hadir di kementerian pada program 30 Julai lalu," ujarnya.


 

azizanosman
                      Datuk Wira Dr Azizan Osman

 


Azizan menambah, baginya kunci kejayaan dalam membimbing seseorang bila mereka ada kemahuan yang tinggi.

 

Jelasnya lagi, RichWorks juga akan menyokong dalam membantu kementerian mencapai 4.4 juta peluang pekerjaan yang akan dicipta daripada usahawan itu nanti. - DagangNews.com