Malaysia Airlines, UCSI meterai MoU bagi kerjasama pembangunan akademik dan pengetahuan | DagangNews Skip to main content

Malaysia Airlines, UCSI meterai MoU bagi kerjasama pembangunan akademik dan pengetahuan

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
nabila@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 24 Nov - Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan UCSI Group  memeterai memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama dalam bidang seperti penempatan penuntut, pertukaran akademik dan pengetahuan selain pembangunan projek-projek penyelidikan bersama.

 

Menurut UCSI, MoU terbabit juga membolehkan kakitangan Malaysia Airlines memanfaatkan program-program pembangunan diri bagi melanjutkan pengajian mereka, demikian menurut UCSI.

 

Selain itu, Malaysia Airlines akan turut menjadi rakan penerbangan rasmi bagi UCSI Group dengan penuntutnya mendapat akses terhadap manfaat MHexplorer selain tawaran kadar pertukaran kompetitif penebusan Mata Enrich untuk pakej-pakej saringan kesihatan di Hospital UCSI.

 

“Kerjasama ini merupakan satu lagi pencapaian dalam komitmen syarikat penerbangan ini terhadap sistem pendidikan negara menerusi pelbagai tawaran yang dipertingkat termasuk MHexplorer -- program perjalanan penuntut digital yang pertama seumpamanya di dunia,” kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB Lau Yin May dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI Datuk Siti Hamisah Tapsir berkata UCSI juga menyasarkan untuk meningkatkan bilangan penuntutnya dengan menawarkan aspek pembelajaran pengalaman tersendiri dengan sebuah syarikat penerbangan terkemuka dunia.

 

Universiti UCSI merupakan sebuah pusat pengajian atau universiti Praxis yang melibatkan lebih 4,600 syarikat-syarikat koperasi global yang menawarkan penempatan laithan industri untuk para penuntutnya. -DagangNews.com