Malindo Air lepaskan 2,200 kakitangan | DagangNews Skip to main content

Malindo Air lepaskan 2,200 kakitangan

KUALA LUMPUR 12 Okt – Malindo Airways Sdn Bhd bakal mengurangkan lebih daripada separuh tenaga kerja seramai 3,200 yang dimilikinya disebabkan impak pandemik COVID-19 ke atas perniagaan syarikat penerbangan itu.

"Syarikat penerbangan hibrid-perkhidmatan penuh ini akan mengurangkan sebanyak 2,200 pekerjaan dan mengurangkan bilangan pesawatnya kepada lima Boeing 737 dan enam ATR turboprops," menurut nota dalaman seperti dilaporkan oleh The Vibes.

Menurut nota itu lagi, kakitangan yang terlibat dijangka meninggalkan syarikat pada 30 November, manakala mereka yang kekal dikehendaki berperanan `multitasking'.
 

aaa
Malindo Air turut merancang mengurangkan bilangan pesawat, selain kakitangan untuk kekal beroperasi.


Malindo Air, sama seperti Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia Group Bhd, dijangka kerugian RM10.9 bilion tahun ini disebabkan larangan perjalanan antarabangsa berikutan pandemik COVID-19, menurut data terbaru Kementerian Pengangkutan.

Malindo, yang pemegang sahamnya merangkumi Kumpulan Lion Air dari Indonesia, mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM582.77 juta bagi tahun lewangan berakhir 31 Disember 2018. - DagangNews.com