McDonald’s perkenal ciri baharu Order & Collect untuk pesanan hidangan pantas, mudah | DagangNews Skip to main content

McDonald’s perkenal ciri baharu Order & Collect untuk pesanan hidangan pantas, mudah

Melati Abdul Hai memperkenalkan ciri baharu Order & Collect pada apps McDonald's s bersama CTO syarikat, Zaid Hasman.

KUALA LUMPUR 26 Jan – Menikmati hidangan kegemaran anda di McDonald’s menjadi lebih mudah dengan ciri Order & Collect baharu yang terdapat dalam aplikasi McDonald’s.

 

Ciri aplikasi baharu ini menawarkan pengalaman yang lancar kepada pelanggan, membolehkan pelanggan memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana mereka ingin mengambil pesanan mereka, secara terus melalui telefon bimbit.

 

McDonald’s Malaysia secara konsisten berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, sama ada di restoran, secara dalam talian mahupun melalui aplikasi McDonald’s.

 

Sama ada anda seorang ibu atau pelajar, ciri Order & Collect ini direka untuk menjadi alat yang menjimatkan masa dan membolehkan pelanggan memesan hidangan McDonald’s kegemaran dengan mudah hanya dengan satu klik.

 

Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard.

 

Pelanggan boleh memilih untuk mengambil pesanan mereka melalui empat cara di restoran McDonald’s yang telah dipilih:

 

  1. Bawa Pulang (Takeaway)

Pelanggan tidak perlu lagi beratur di restoran setelah membuat pesanan melalui telefon bimbit, dan hanya perlu mengambil pesanan mereka di kaunter.

 

  1. Makan di Restoran (Dine-in)

Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit mereka. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja mereka di restoran.

 

  1. Pandu-Lalu (Drive-Thru)

Pelanggan boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

 

  1. Pandu-Masuk (Drive-In)

Pelanggan boleh meletakkan kereta mereka di tempat letak yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta pelanggan.

 

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pihaknya sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

 

‘’Kita kini berada dalam era di mana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka.

 

‘’Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata beliau.

 

Ciri Order & Collect pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini.


 

Melati Abdul Hai
                                                                Melati Abdul Hai

 


Melati berkata, perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan McDonald’s perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran.

 

‘’Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami, khususnya melalui aplikasi McDonald’s,” kata beliau.

 

Dilancarkan pada April 2018, aplikasi McDonald’s pantas menjadi satu daripada aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia.

 

Sejak daripada itu, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan Google Play Store.

 

Ia juga merupakan antara aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan.

 

Mulai sekarang hingga 6 Mac, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila mereka membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa.

 

Untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu, muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store. – DagangNews.com