Skip to main content

The Meditel lengkapi kemudahan Hospital Umum Sarawak, kini beroperasi sepenuhnya

KUCHING 4 Nov - “The Meditel” merupakan projek pertama di Sarawak yang diusahakan oleh dua gabungan syarikat swasta untuk menaik taraf Hospital Umum Sarawak.

 

Pengarah Serapi Cuisine Sdn Bhd, Mohd Fardzren Mohd Azizuddin berkata, terdapat beberapa kemudahan yang telah dinaik taraf bagi memudahkan kakitangan hospital dan juga orang awam iaitu, tempat letak kereta bertingkat, hotel , medan selera, dan beberapa buah kedai runcit komersial.

 

Menurutnya, tempat letak kereta bertingkat yang dilengkapi ruang parkir sebanyak 956 ruangan beserta sistem kawalan keselamatan 24 jam bagi memudahkan komuniti awam dan kakitangan hospital yang meletakkan kenderaan di situ.

 

Beliau berkata, bangunan hotel yang dilengkapi dengan 160 bilik yang diberi konsep reka bentuk minimalis dengan beberapa kemudahan fasiliti untuk memudahkan bagi pelanggan yang menginap di sana.

 

``Selain daripada itu, The Meditel telah menaiktarafkan medan selera yang dikenali sebagai Serapi Food Village yang berkonsepkan Masakan Tradisi Malaysia, dilengkapi dengan 200 kapasiti tempat duduk yang selesa dan beberapa jenis gerai makanan yang mempunyai pelbagai variasi masakan dari Semenanjung Malaysia,'' katanya kepada DagangNews.com.

 

The Meditel juga ada menyediakan zon runcit komersial yang dikenali sebagai Ceria Street Mall. Ia dilengkapi dengan 9 jenis kedai & beberapa kiosk, seperti Mama Family Mart, Sushi King, Taka Cake House, Sumiran Café, Yoffee Café, Halo Pharmacy, Secret Recipe, dan banyak lagi.

 

 

meditel

 

 

Dengan adanya kemudahan yang terdapat di The Meditel, ia dapat memudahkan urusan kakitangan Hospital Umum Sarawak dan juga orang awam yang berkunjung ke Hospital Umum Sarawak. - DagangNews.com