Dari kiri atas, Audrey Raj, Dr. Gerard J. Louis, Lim Ming Wei dan Dr. Mas Jaffri Masarudin, pada forum maya anjuran Shure, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 16 Julai – Para pakar pendidikan pada sebuah forum maya baru-baru ini, bersetuju bahawa institusi pendidikan di Malaysia wajar melabur di dalam sistem audio visual (AV) berkualiti bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lancar, dan kekal berdaya saing di dalam landskap yang pesat berevolusi.
Forum maya bertajuk Trend dan Cabaran Pendidikan di dalam Normal Baharu: Kepentingan Pembelajaran Lancar menerusi Teknologi dan Audio Berkualiti telah dikelolakan oleh Shure, peneraju pengeluar global dalam peralatan audio.
Tertumpu kepada mengenengahkan trend dan teknologi terbaharu di dalam pembelajaran maya dan hibrid, forum itu menampilkan Dr. Gerard J. Louis, CEO Perkhidmatan Pendidikan dan Pro-Naib Chanselor (Kesihatan Mental dan Kesejahteraan) HELP University; Dr Mas Jaffri Masarudin, Profesor Madya Universiti Putra Malaysia; dan Lim Ming Wei, Pengurus Pembangunan Pasaran Concept Audio Sdn Bhd, pengedar sah Shure di Malaysia.
Pada forum tersebut, Dr. Louis berkata, “Pendidikan secara maya telah diamalkan di Malaysia sebelum ini tetapi pandemik telah menyedarkan kita terhadap keperluan memiliki prasarana yang tepat, yang akan memberi kita persediaan untuk kesinambungan pendidikan yang lancar.
Ketika sekolah terpaksa ditutup, ramai yang harus segera mencari kaedah untuk mengurus dan berdepan situasi ini. Disebabkan tergesa-gesa, kami menyedari ramai memiliki tahap keupayaan berbeza-beza dalam soal mengguna pakai pembelajaran secara maya.
"Ini mengakibatkan pelbagai permasalahan dan gangguan di dalam guna pakai pembelajaran secara dalam talian untuk berjaya. Melangkah ke hadapan, ia adalah kritikal untuk institusi pendidikan kekal berwaspada dan bersiap siaga bagi masa depan,” tambah beliau.
Dr. Mas berkata, “Memang tepat pada masanya sistem pendidikan Malaysia meletakkan penekanan yang lebih lagi untuk melabur di dalam prasarana yang bagus. Adalah penting untuk mempersiapkan institusi kita supaya jika berlaku satu lagi bencana melanda, kita sudah bersedia menghadapinya. Pengalaman kita dengan pandemik ini adalah bukti bahawa kita wajar mula melabur di dalam teknologi, terutama di institusi pendidikan tinggi.”
Lim, pakar pembangunan pasaran, mengenengahkan bahawa mengguna pakai sistem pembelajaran maya yang berkesan, bukan hanya berkisar pada soal memilih peralatan yang betul.
“Sebagai tambahan kepada memilih rumusan audio betul yang dapat memisahkan bunyi sekeling dan mengurangkan gema bilik, kami juga menasihatkan pelanggan kami mengenai perletakan optimum, selain susun atur peralatan yang disukat mengikut skala bergantung kepada saiz bilik (kecil, sederhana, besar). Opsyen fleksibel ini membantu mewujudkan pengalaman pembelajaran maya yang lancar bagi guru dan juga para pelajar,” ujarnya.
Forum ini juga seiring dengan pelancaran Shure Microflex® Advance™ MXA710 Linear Array, Microflex™ MXN5-C Networked Loudspeaker, dan MXA Network Mute Button yang dilancarkan pada akhir tahun 2020.
Produk yang boleh didapati di seluruh dunia ini membolehkan Shure menawarkan rantaian isyarat radio yang menyeluruh, dari mikrofon hingga DSP (pemproses isyarat digital) hingga pembesar suara, sebagai sebahagian daripada Shure Microflex Ecosystem bagi Persidangan Audio.
Eric Ong, Pengarah Jualan - Asia Tenggara, dari Shure, berkata, “Memiliki prasarana teknologi tepat bagi pembelajaran secara maya dan hibrid juga akan membantu orang ramai dan institusi pendidikan swasta di Malaysia untuk kekal di hadapan dan menarik pelajar cemerlang dan juga ahli akademik terkemuka, baik di dalam mahupun luar negara.
Rumusan audio yang betul kata beliau, adalah begitu genting bagi komunikasi dan pembelajaran, terutama di dalam kes pelajar asing, dengan bahasa ibunda mereka tidak sama dengan yang ditutur di sini.
“Akhirnya nanti, memilih rumusan teknologi AV yang betul hendaklah dengan faktor mudah dipasang, fleksibiliti dan skalabiliti di dalam persekitaran hari ini dan keserasian yang lancar dengan platform peneraju kolaborasi. Kami di Shure menawarkan rumusan lengkap di dalam satu tempat," ujarnya.
Ekosistem persidangan audio Shure adalah fleksibel melangkaui kesemua kejuruteraan sistem audio di dalam semua jenis bilik dan memastikan pengguna akhir akan menikmati pengalaman persidangan AV yang bersepadu, berkualiti tinggi ke seluruh tempat, tanpa mengira lokasi,” kata beliau. - DagangNews.com