Menjadi Perancang Bandar di Palm Jebel Ali | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 4 August 2022

Menjadi Perancang Bandar di Palm Jebel Ali

 

 

 

PROJEK mega Palm Jebel Ali di Dubai kekal sebagai pembangunan jangka panjang dan masih berjalan walau dimulakan 20 tahun lalu. Pihak Nakheel, pemajunya sentiasa menyemak keadaan dan pada masa ini tidak fikir akan meneruskan kerja.

 

Kerja-kerja pembangunan mega, yang kedua setelah Palm Deira, bermula pada 2002, tetapi pembinaan telah digantung selepas kejatuhan pasaran hartanah Dubai pada 2009.

 

Pembangunan menampilkan enam marina, jambatan terapung, taman tema dan rumah yang dibina di atas tiang di atas air, antara projek lain.

 

Projek sebesar itu perlu bersedia sendiri dan kemudian begitu juga pasaran.

 

Palm Jebel Ali ialah sebuah kepulauan buatan di Dubai pada asalnya dirancang untuk disiapkan pada pertengahan 2008 dan telah diberhentikan sejak itu.

 

Dicadangkan pada pelan awal untuk memasukkan enam marina, taman tema air, 'Sea Village', rumah yang dibina di atas tiang di atas air, dan laluan pejalan kaki yang mengelilingi pelepah dan mengeja puisi Arab oleh Sheikh Mohammed.

 

Pemecah ombak telah siap pada Disember 2006, dan kerja infrastruktur bermula pada April 2007, termasuk telekomunikasi. Pembinaan besar tidak akan bermula sehingga kebanyakan kerja infrastruktur selesai. Berikutan krisis kewangan 2008 kerja-kerja digantung.

 

Nakheel menjemput beberapa arkitek untuk mereka bentuk salah satu bangunan untuk Palm di kawasan seluas 300,000 m2. Reka bentuk yang menang ialah sebuah bangunan oleh Royal Haskoning, yang turut mengusahakan beberapa projek lain di Dubai.


 

wainuiomata

 

wainuiomata
Palm Jebel Ali 2008

 


Krisis Kewangan 

Dalam tanda-tanda awal pasaran hartanah Dubai yang perlahan, harga hartanah yang dijual di Palm Jebel Ali dilaporkan telah jatuh sebanyak 40% dalam tempoh dua bulan hingga November 2008, dengan kejatuhan itu dikaitkan dengan krisis kewangan 2007–2010 . Pada Mac 2011 Nakheel menawarkan bayaran balik kepada pelabur hartanah.

 

Nakheel merancang untuk menempatkan lebih daripada 250,000 orang di atasnya.

 

Dalam jadual asal, menjelang 2021, fasa pertama empat taman tema akan dibuka di Crescent. Taman-taman yang dirancang ini, yang bersama-sama akan dipanggil World of Discovery. Taman-taman itu termasuk SeaWorld, Aquatica, Busch Gardens dan Discovery Cove. Dunia Penemuan akan terletak di bahagian atas Crescent, yang akan membentuk bentuk orca.

 

Pada November 2014, seramai 74 pemilik Palm Jebel Ali menulis surat kepada Raja Dubai melalui Mahkamah Raja berhubung projek yang terhenti.

 

Pada 16 Mac 2015, Nakheel mengesahkan bahawa Nakheel kekal komited dengan projek itu untuk jangka masa panjang tetapi bertanya "apa yang boleh saya lakukan" untuk pelabur asal.

 

Pada Oktober 2018,  Nakheel mengesahkan bahawa tiada rancangan segera untuk memulakan semula pembangunan projek itu. Bagaimanapun, pada Julai 2021, diumumkan bahawa Nakheel merancang untuk memulakan semula projek itu dengan mempertimbangkan rancangan yang melibatkan pembinaan vila di pulau itu.

 

Setelah bekerja di Palm Jumeirah, saya dipanggil oleh bos untuk menyertai Palm Jebel Ali sebagai ketua telekomunikasi dengan projek yang empat kali lebih besar dari Palm Jumeirah. Waktu itu Palm Jumeirah telah hampir siap dan prasana telekomunikasi telah siap sepenuhnya. Begitu juga dengan 14 projek hartanah yang lain yang saya terlibat.


 

wainuiomata
Palm Jebel Ali 2010


 

Saya bersetuju untuk pindah ke Palm Jebel Ali dan mula merancang segala kemudahan dan prasana telekomunikasi yang lebih mencabar. Saya tetap berpuas hati dengan teknologi baharu seperti mobile wifi dan henfon.

 

Setelah siap perancangan, saya dipanggil oleh seorang arkitek dari Amerika Syarikat. Dia mulanya bertanya pada saya apakah bidang saya di universiti. Saya jawab, Statistik dan Sains Komputer dan kini ketua telekomunikasi.

 

Dia berkata dari siri mesyuarat, dia melihat bakat saya sebagai arkitek dengan hujah-hujah saya yang mula berkesan. Dia lalu bertanya adakah saya mahu jadi perancang bandar?

 

Saya terkejut kerana bukan bidang saya walaupun sewaktu di Tingkatan Tujuh di Wainuiomata College, saya telah dipilih untuk mengambil seni bina atau arkitek untuk pengajian di universiti. Malangnya New Zealand hanya membenarkan lima pelajar luar New Zealand untuk mengambilnya dan perlu di bawah kerajaan New Zealand.

 

Saya gagal dan menukar kursus.


 

wainuiomata
Palm Jebel Ali, pelan asal



 

Dia berkata yang saya mempunyai bakat dan akan memohon dari bos untuk menukarkan saya. Saya masih terperanjat kerana sudah beralih ke telekomunikasi dan kini ke perancangan bandar?

 

Saya berfikir tetapi terus didesak. Saya tidak tahu bakat yang ada boleh menarik perhatian seorang arkitek dan perancang bandar yang berpengalaman dari Amerika. Saya bercakap mengenai perancangan bandar dari pengalaman dan mahu membina mengikut struktur saya sendiri, bukan kemahiran dan pendidikan.

 

Pada masa itu, telekomunikasi semakin menjadi rutin kerana saya sudah hampir empat tahun di Palm Jumeirah dengan 15 projek hartanah. Mungkin penglibatan saya dalam projek hartanah Nakheel memberikan saya idea dengan perhubungan baik antara pengurus, terutama setiap mesyuarat.

 

Saya terpaksa pergi ke 15 mesyuarat dengan berlainan kontraktor dan perancang bandar, arkitek yang memberikan idea berlainan untuk landskap dan reka bentuk. Bermacam idea yang timbul dan penyelesaian dari masalah dan kemelut.

 

Mungkin saya tidak menyedari bakat arkitek dan perancang bandar yang saya miliki kerana tidak belajar secara pengkhususan di universiti. Secara semula jadi saya menyampaikan idea dan pengurus perancang bandar memahami apa yang saya hendak sampaikan.

 

Dia berkata perancang bandar bertanggungjawab untuk reka bentuk dan pembangunan kawasan bandar, seperti bandar dan kota. Sebagai perancang bandar akan memastikan terdapat keseimbangan antara permintaan terhadap tanah yang sedang dibangunkan dan keperluan masyarakat.


 

wainuiomata

 


Perancang Bandar bekerja bagi pihak pemaju atau pemilik tanah untuk menasihati dan menilai idea dan rancangan pembangunan. Perancang adalah profesional dalam membangunkan strategi dan laporan daripada penilaian mereka mengenai cadangan pembangunan untuk memastikan hasil terbaik dibuat untuk mendapatkan kelulusan daripada majlis tempatan.

 

Dengan itu dia memberikan saya ruang dan peluang untuk menyatakan idea-idea saya sebagai pengurus perancang bandar untuk trunk Palm Jebel Ali dengan 200,000 penduduk.

 

Dia mahu melihat sejauh mana saya boleh menginterpretasikan idea dalam bentuk lahiriah. Suatu yang istimewa untuk saya kerana dari Statistik, IT kemudian Telekomunikasi kepada perancang bandar, satu yang tidak pernah terfikirkan dan impikan. Saya segera mencapai konklusi, inilah peluang saya yang terbaik, untuk sementara sahaja.

 

Saya lalu bersetuju untuk meminta kebenaran dari bos. Dia gembira dengan memeluk saya.


 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK HIMPUNAN KOLEKSI TULISAN WAINUIOMATA

Portfolio Tags