MIDF ubah saranan saham Westports kepada 'neutral' | DagangNews Skip to main content

MIDF ubah saranan saham Westports kepada 'neutral'

Westports Holdings Berhad

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Sept. - MIDF Research menurunkan penarafan saham syarikat pengangkutan dan logistik, Westports Holdings Berhad kepada penarafan 'neutral'.

MIDF Research berkata, penarafan tersebut diubah berbanding saranan 'beli' saham syarikat berkenaan sebelum ini.

"Kami turunkan saranan kami untuk Westports kepada neutral berbanding 'beli' sebelum ini.

"Perubahan itu dibuat kerana kami percaya bahawa  Westports didagangkan pada julat penilaian yang adil seperti harga diperdagangkan pada 20.6x," jelas MIDF Research.

Selain itu, MIDF Research turut berpendapat kesemua nilai positif yang telah ditentukan akan meningkatkan pendapatan dan nilai saham syarikat berkenaan pada masa hadapan.

Dalam nota kajian yang sama, MIDF Research tidak memasukkan Westports 2 ke dalam anggaran jumlah pendapatan syarikat berkenaan susulan syarat konsesi yang belum diselesaikan.

Bagaimanapun, modal pelaburan syarikat dianggarkan dengan peruntukan sebanyak RM300 juta hingga RM400 juta.

Anggaran tersebut adalah sama dengan anggaran modal pelaburan pada tahun 2004.

MIDF Research turut mengekalkan sasaran sesaham (TP) syarikat berkenaan pada RM4.03.

Sasaran harga tersebut diletakkan berdasarkan penilaian aliran tunai terdiskaun (DCF) dengan pertumbuhan terminal sebanyak 3.0% dan WACC sebanyak 7.5%. - DagangNews.com