Mitsubishi XPANDER 7 tempat duduk dilancarkan di Malaysia tahun ini | DagangNews Skip to main content

Mitsubishi XPANDER 7 tempat duduk dilancarkan di Malaysia tahun ini

XPANDER

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pengedar rasmi Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan model terbaharu Mitsubishi XPANDER tujuh tempat duduk akan dilancarkan di Malaysia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, pengumuman tersebut dibuat susulan kejayaan pelancaran terbaharu XPANDER di Indonesia.

"XPANDER bukan hanya model penting kepada MMM, tetapi diseluruh rantau ASEAN. Hingga Jun 2020, kereta tersebut telah mencapai jualan terkumpul sekitar 256,000 unit.

"MMM begitu teruja untuk memperkenalkan model tujuh tempat duduk yang mengagumkan ini di Malaysia pada akhir tahun ini," jelasnya dalam satu kenyataan.

XPANDER

Kejayaan XPANDER di negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam telah mencerminkan kesesuaian kereta tersebut untuk memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia.

XPANDER baharu direka berkonsepkan reka bentuk 'Dynamic Shield' yang meningkatkan prestasi pemanduan di samping perlindungan  kepada pemandu dan penumpang.

Baca: All new Mitsubishi Xpander spotted in Malaysia !!!

Kenderaan tersebut turut menggabungkan fungsi dengan gaya yang diilhamkan oleh model SUV.

Aspek kekukuhan, kekemasan, karakter dan kemudahan, gaya serta fungsinya digabungkan bersama menjadikan kereta tersebut sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

XPANDER

XPANDER juga telah memenangi pelbagai anugerah di negera-negara ASEAN seperti ketegori Otomotif Car of The Year 2018 di Indonesia dan  ketegori Standard Automobile Filipina 2019.

Di Thailand pula, XPANDER turut memenangi anugerah Thailand Car of the Year bagi tahun 2019 dan 2020 dalam kategori MPV Terbaik di bawah 1.600cc. - DagangNews.com