MMU, UM, USM dan UMS muncul juara pertandingan ICT Asia Pasifik Huawei | DagangNews Skip to main content

MMU, UM, USM dan UMS muncul juara pertandingan ICT Asia Pasifik Huawei

Pertandingan tahun ini telah diadakan dari 17 Jun hingga 25 Jun di Shenzhen, China dan menarik lebih daripada 150,000 pelajar
Oleh Mohamad Iman

SHENZHEN 2 Julai - Empat universiti dari Malaysia mengharumkan nama negara kerana mereka muncul pemenang utama dalam peringkat akhir pertandingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Global 2021-2022 keenam anjuran Huawai.

 

Empat universiti tersebut ialah Universiti Multimedia (MMU), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul juara menewaskan persaingan daripada lebih 2,000 kolej dan universiti di lebih daripada 85 negara dan wilayah.

 

Bertemakan 'Sambungan, Kegemilangan, Masa Depan', acara itu melibatkan penyertaan global negara-negara dari Timur Tengah, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Malaysia telah mengambil bahagian secara aktif dalam Pertandingan ICT Huawei sejak penubuhannya di negara ini.

 

Dihoskan oleh Academy ICT Huawei, pertandingan tahun ini telah diadakan dari 17 Jun hingga 25 Jun di Shenzhen, China dan menarik lebih daripada 150,000 pelajar.

 

Sebelum mara ke final, empat universiti itu merangkul kedudukan tempat pertama dalam Pertandingan ICT Asia Pasifik keenam Huawei 2021-2022, bersemuka dengan 14 universiti lain yang menang di peringkat Asia Pasifik sebelum meneruskan ke peringkat akhir.

 

Pertandingan akhir global menguji pelajar dalam tiga kategori - Amalan, Inovasi dan Industri. Pasukan Malaysia mendahului dalam dua daripada tiga kategori dalam Amalan dan Inovasi pertandingan, manakala Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat tempat pertama dalam Inovasi pertandingan.

 

Para pelajar diuji dalam pelbagai bidang termasuk Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), Big Data dan pengkomputeran awan. Penilaian telah distrukturkan ke arah penyelesaian masalah kehidupan sebenar, mencadangkan penyelesaian dengan nilai sosial dan perniagaan, dan mereka bentuk model dengan fungsi menyeluruh.

 

Universiti Multimedia (MMU) telah dianugerahkan Hadiah Utama dalam Trek Awan dengan Universiti Malaya (UM) memenangi tempat pertama dalam kategori yang sama. Selain itu, Universiti Sains Malaysia (USM) muncul pertama kali dalam Rangkaian Track.


 

michael Yuan
Michael Yuan

 


Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan memuji kemenangan peserta Malaysia itu yang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

 

“Saya percaya kesungguhan dan dedikasi terhadap inovasi yang ditunjukkan oleh generasi muda Malaysia akan membantu mempercepatkan agenda transformasi digital negara. Mereka adalah tulang belakang masa depan Malaysia dan telah membuktikan kebolehan mereka melalui Pertandingan Global ICT Huawei yang keenam 2021-2022.

 

“Dengan pertandingan ini, kami menyasarkan untuk memupuk bakat untuk memacu agenda transformasi digital dan untuk membina ekosistem bakat digital yang mantap.

 

"Walaupun ini menggalakkan persaingan mesra, Huawei ICT ini bukan persaingan biasa. Ia juga mengemudi laluan kerjaya untuk para peserta,” kata Yuan, menegaskan bahawa Huawei Malaysia akan terus menambah baik dan memupuk kemahiran digital dan celik teknologi bakat muda Malaysia.

 

Melalui pertandingan ini, Huawei berhasrat untuk menyediakan pelajar dengan platform untuk bersaing secara sihat dan bertukar-tukar idea, sekali gus meningkatkan pengetahuan ICT dan kemahiran praktikal mereka serta menyediakannya pendedahan kepada arena global dan meningkatkan keupayaan mereka untuk berinovasi dengan menggunakan teknologi dan platform baharu. - DagangNews.com