KUALA LUMPUR 25 Ogos - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Nasir Ali sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MIDF dan Pengerusi MIDF Amanah Investment Bank Berhad berkuat kuasa 17 Ogos 2022.
Mohd Nasir telah berkhidmat sebagai Pengarah MIDF Amanah Investment Bank Berhad sejak Ogos 2019.
Pengerusi MIDF, Tan Sri Abdul Rahman Mamat menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd Nasir di atas pelantikan itu.
"Sejarah lama kepimpinan Mohd Nasir, ditambah pula dengan pengalaman dan pengetahuannya di dalam kumpulan serta di luar akan menambah tambahan dan kekuatan kepada Lembaga Pengarah MIDF dan MIDF Amanah Investment Bank Berhad.
“Beliau menyertai pasukan dengan pelbagai pengalaman dan kami menantika perspektif berharga yang akan beliau tambah sambil terus mengembangkan serta mengukuhkan kedudukan industri perniagaan kami.
"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau untuk memastikan MIDF memberi impak positif kepada semua pihak berkepentingan termasuk pelanggan kami dan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Nasir sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd dan sebelum itu telah menghabiskan 13 tahun sebagai penganalisis dan pengurus pelaburan di Permodalan Nasional Berhad, BBMB Unit Trust Management Sdn Bhd dan Mayban Securities Sdn Bhd.
Beliau telah berkhidmat dalam beberapa lembaga tersenarai dan syarikat tidak tersenarai serta beberapa organisasi terkenal lain, termasuk Plenitude Berhad dan Amanah Raya Berhad. - DagangNews.com