Moody's semak semula unjuran penarafan kepada positif bagi industri tenaga global | DagangNews Skip to main content

Moody's semak semula unjuran penarafan kepada positif bagi industri tenaga global

 

KUALA LUMPUR 27 April - Prospek untuk industri tenaga global telah berubah kepada positif daripada stabil, kata Moody's Investors Service dalam  satu nota penyelidikan yang diterbitkan Isnin.

 

Peningkatan harga komoditi yang berterusan berikutan ekonomi global yang semakin baik akan mempercepatkan pemulihan dalam asas industri bagi tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

 

Moody's mengekalkan harga komoditi jangka sederhana antara US$45-US$65 (US$1 = RM4.10) setong untuk minyak dan US$2.00-US $ 3.00 / untuk setiap juta unit thermal British (MMBtu) bagi gas asli Henry Hub.

 

"Permintaan pengguna yang meningkat dan lonjakan aktiviti perdagangan dan pembuatan ketika pandemik COVID-19 berada dalam kawalan mendorong pemulihan aktiviti ekonomi global," kata Naib Presiden Kanan Moody, Elena Nadtotchi dalam laporan tersebut, menurut Bernama.

 

Justeru, ia mempercepatkan kadar pemulihan bagi minyak dan gas pada akhir 2021 dan awal tahun 2022, katanya.

 

Dinamika pasaran yang menguntungkan dan kos perkhidmatan dan operasi luar pesisir yang rendah akan meningkatkan pendapatan dan aliran tunai operasi eksplorasi dan pengeluaran (E&P) syarikat pada tahun 2021 disebalik kenaikan harga minyak, kata Nadtotchi.

 

Pengeluar akan menumpukan pada modal dan kecekapan operasi untuk menghasilkan aliran tunai yang lebih kukuh, membayar hutang dan mengukuhkan kualiti kredit mereka secara keseluruhan berikutan tahun 2020 yang sangat mencabar.

 

mood

 

Selain itu, permintaan yang meningkat untuk perjalanan dan pendapatan suku kedua dan ketiga yang lebih tinggi pada 2021 memberi pertanda baik untuk segmen penapisan dan pemasaran hingga 2022, Moody's menjangkakan permintaan global untuk produk minyak dan gas (O&G) akan naik sekitar 6% tahun ini dan 4% pada tahun 2022, katanya.

 

Sementara itu, pendapatan yang kukuh di sektor E&P dan penapisan global akan menyaksikan pendapatan syarikat minyak bersepadu meningkat dengan kadar kira-kira 50% walaupun berada pada paras rendah, pelarasan hampir separuh daripada pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pada 2020, ia dijangka tidak akan kembali ke paras tempoh sebelum pandemik menjelanh akhir 2022. 

 

Keadaan asas yang sederhana menunjukkan arah yang stabil untuk perkhidmatan medan minyak (OFS) dan sektor penggerudian bagi dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang dalam persekitaran pertumbuhan permintaan perkhidmatan yang rendah.

 

Moody’s berkata syarikat OFS yang besar akan melihat peningkatan aliran tunai yang sederhana dan akan memperoleh bahagian pasaran semasa pemulihan, manakala syarikat yang lebih kecil, serantau dan berfokus pada perkhidmatan yang tidak mempunyai kecairan yang mencukupi sementara menunggu pemulihan sepenuhnya berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk memfailkan muis.

 

Moody’s juga memberitahu bahawa prospek industri mencerminkan pandangannya mengenai keadaan perniagaan asas untuk industri dalam tempoh 12-18 bulan akan datang.

 

Memandangkan prospek mewakili pandangan pada masa depan mengenai keadaan perniagaan yang menjadi faktor penarafan Moody's, prospek negatif (positif) menunjukkan bahawa tindakan penarafan negatif (positif) adalah lebih cenderung secara purata, katanya.

 

"Bagaimanapun, prospek industri tidak mewakili jumlah peningkatan, penurunan atau penilaian yang dikaji, atau prospek penarafan penerbit dalam industri secara purata, sebaliknya penilaian kami terhadap arah utama asas perniagaan dalam industri secara keseluruhan.” kata Moody’s. - DagangNews.com