MR D.I.Y terima anugerah Frost & Sullivan buat tahun kedua berturut-turut | DagangNews Skip to main content

MR D.I.Y terima anugerah Frost & Sullivan buat tahun kedua berturut-turut


Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Dis - MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menerima anugerah Syarikat Peruncitan Pembaikan Rumah Terbaik di Malaysia 2021 daripada Frost & Sullivan pada 16 Disember lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara maya.

 

Anugerah itu merupakan yang kedua berturut-turut selepas meraih Anugerah Kepimpinan Pasaran 20202 Frost & Sullivan pada tahun lalu.

 

Pengiktirafan antarabangsa itu menampilkan penilaian Frost & Sullivan terhadap visi, inovasi dan prestasi syarikat selain kesan kepada pelanggan

 

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y, Andy Chin berkata, pihaknya berjaya mengekalkan kedudukannya selaku pemimpian dalam pasaran meskipun terdapat pertambahan saingan dalam sektor peruncitan pada tahun ini.

 

Katanya, prestasi kewangan yang positif semasa pandemik COVID-19 membuktikan mereka mampu mendepani impak negatif yang memberi kesan kepada ekonomi hasil daripada kecekapan pengursan. 

 

"Tawaran diskaun terhadap jenama sendiri dan barang terlaris menjadi tumpuan utama syarikat kerana pendekatan itu kekal relevan selain sokongan rakyat Malaysia semasa mengharungi detik sukar," katanya.

 

anugerah

 

Andy berkata, anugerah yang diraih buat tahu kedua berturut-turut itu sangat bermakna buat mereka dan beliau mendedikasikan anugerah itu kepada 12,000 kakitangannya di seluruh negara yang menjalankan tugas dengan cemerlang.

 

"Kami akan terus menyokong dan memenuhi keperluan masyarakat di seluruh negara.

 

"Kami juga ingin berterima kasih kepada Frost & Sullivan di atas pengiktirafan ini," katanya. - DagangNews.com